Pendedahan Panama Papers: Memahami ‘Tax Havens’

_89063523_panama_index_draft2

Memahami ‘Tax Havens’

1)Cukai merupakan satu sumber pendapatan penting bagi sesebuah kerajaan. Pada dasarnya, kerajaan bergantung kepada hasil cukai dalam menyediakan kemudahan awam seperti hospital dan sekolah kepada rakyat. Malang sekali apabila terdapat individu dan entiti perniagaan cuba mengelak daripada membayar cukai dan ini mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat itu sendiri kerana hasil cukai yang dikutip adalah kurang daripada jumlah yang sepatutnya.

2) Sebagai contoh, Ali mengusahan sebuah kilang membuat jam tangan di Timor Leste. Kos pengeluaran untuk 100,000 utas jam tangan adalah USD1 juta. Ali ingin menjual kesemua jam tangan tersebut ke sebuah gedung membeli belah di Vietnam dengan harga USD3 juta. Ini bermakna hasil keuntungan sebelum cukai yang direkodkan oleh transaksi perniagaan ini adalah sebanyak USD2 juta. Andai kerajaan Timor Leste mengenakan cukai perniagaan sebanyak 20%, ini bermakna cukai yang perlu dibayar oleh Ali adalah sebanyak USD400,000.

3) Ali boleh memilih untuk lari daripada membayar cukai ini antaranya dengan menggunakan teknik ‘Transfer Pricing’.

4) Untuk membolehkan transfer pricing berlaku, Ali perlu menubuhkan atau mendaftarkan satu subsidiary perniagaannya di sebuah negara yang menggenakan kadar cukai yang lebih rendah atau munkin zero-tax dimana negara ini sering kali dikenali sebagai ‘tax havens’ dan sudah menjadi tradisi bagi negara tax havens ini untuk tidak mendedahkan maklumat pemilik perniagaan yang berdaftar di negara itu. Hal ini membuatkan pemilik perniagaan berasa lebih selamat. Berbalik kepada situasi Ali, beliau memilih Bahamas yang menawarkan ‘zero-tax’ dan menamakan perniagaannya disini sebagai AliBahamas Co. Pada masa yang sama, Ali juga perlu menubuhkan satu subsidiary perniagaannya di Vietnam yang dikenali sebagai AliVietnam Co.

5) Secara praktisnya, perniagaan Ali yang berpangkalan di Timor Leste akan menjual kesemua jam tangan tersebut kepada AliBahamas Co dengan harga kos sebanyak USD 1 juta. Ini bermakna tiada keuntungan dicatatkan di Timor Leste dan oleh itu tiada cukai yang perlu dijelaskan. Seterusnya, AliBahamas Co menjual jam tangan tersebut kepada AliVietnam Co dengan harga USD 3 juta. Melalui transaksi ini, keuntungan USD2 juta dicatatkan tetapi tiada cukai yang perlu dibayar Ali kerana Bahamas mengenakan kadar cukai 0%. Akhirnya, AliVietnam Co menjual kesemua jam tangan tersebut kepada gedung membeli belah di Vietnam dengan harga USD3 juta. Sekali lagi tiada cukai yang perlu dibayar kerana tiada keuntungan yang dicatatkan di Vietnam.

6) Ali hanya perlu membawa keuntungan USD2 juta yang direkodkan di Bahamas pulang ke Timor Leste. Selalunya, keuntungan ini tidak dibawa pulang secara tunai tetapi dibuat dengan cara AliBahamas Co memberi pinjaman tanpa faedah kepada syarikat induk di Timor Leste. Ali kemudiannya boleh mengeluarkan wang secara terus dari syarikat induk dan ia selalunya tertakluk kepada cukai minima.

7) Situasi yang sebenar mungkin lebih komplikated daripada illustrasi diatas. Tetapi ‘tax havens’ ini jika tidak dibendung bakal memberi impak yang besar kepada sesebuah negara. Terbaru, selepas kecoh mengenai Panama Papers, portal berita BBC News melaporkan United Kingdom kerugian lebih kurang GBP7.2 bilion setiap tahun kesan daripada tindak tanduk mereka yang lari daripada membayar cukai. Maka tidak hairanlah apabila terdapat segelintir negara yang semakin aggresif membendung gejala tax havens ini kerana kesannya yang amat merugikan semua pihak.

8) Akhir kata, jangan  dilupa tentang modus operandi tersirat di sebalik Panama Papers ini. Walaupun kelihatan mendedahkan korupsi yang ada, tetapi harus difahami bagaimana semua ini berlaku. Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung mendedahkan bagaimana methodologi yang digunakan media-media antarabangsa untuk mencari, memilih, dan menyaring maklumat-maklumat yang didedahkan itu. Sebagai contoh, media-media antarabangsa yang berkepentingan ini tidaklah mendedahkan semuanya maklumat yang dilaporkan Mossack Fonseca. Mereka selektif untuk menjaga kepentingan syarikat multi billion dollar dan juga agenda barat. Kita nak jangkakan apa bukan? Pendedahan ini pun disusun oleh International Consortium of Investigative Journalists, di mana badan ini didanai oleh USA’s Centre for Public Integrity. Pendana-pendana itu termasuklah, Ford Foundation, Carnegie Endowment, Rockefeller Family Fund, W K Kellogg Foundation, dan Open Society Foundation (Soros)

9) Pendedahan ini pun punya agenda tersendiri. Fahamilah permainan mereka agar kita juga tidak turut tertipu.

 

Oleh:

Amar Yasier

Penulis adalah seorang Pengalisa di IRIS dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di King’s College, London. Berlatar belakangkan akademik dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, penulis juga mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ‘Economic and Political Geography’. Kini, penulis giat menjalankan penyelidikan dalam bidang Pengurusan Risiko Bencana (Disaster Risk Management) di rantau Asia dimana penulis berminat untuk menjadikan State dan Non-State actors di sesuatu kawasan itu lebih berdaya tahan dalam menghadapi bencana.

 

Rujukan

http://www.tackletaxhavens.com/

http://www.bbc.co.uk/news/business-35964803

http://www.independent.co.uk/news/business/analysis-and-features/panama-papers-how-does-off-shore-tax-avoidance-work-a6969051.html#gallery

http://www.theguardian.com/business/2015/jun/19/tax-havens-money-cayman-islands-jersey-offshore-accounts

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Eksklusif: Amerika Syarikat, Malaysia dan Perang Terhadap ISIS

Next Post

Percaturan Politik di Asia Selatan: Antara Kuasa dan Keselamatan

Related Posts
Skip to content