Sale!

EBOOK: Bank Negara: Sejarah & Evolusi Pengawalan Orde Ekonomi Dunia

RM10.00

Laporan ini akan menyentuh sejarah penubuhan Bank Negara dan Evolusi Pengawalan Orde Ekonomi Dunia. ISI KANDUNGAN
  • Idea Penubuhan Bank Negara Sebagai Institusi Kawalan Kewangan Dunia Oleh Elit Global Yahudi
  • Usaha Lobi Penubuhan Model Bank Negara Malaysia Mengikut Blueprint Neo-colonialism Antarabangsa
  • Respon Kumpulan Nasionalis Terhadap Idea Bank Negara
  • Bank Negara Malaysia Bebas dari Kuasa Negara?
  • Bentuk Hubungan Dan Komitmen Bank Negara Dengan Kerajaan

1. Pembentukan bank pusat dengan model-model bank di Eropah telah menjadi satu keperluan kepada semua negara di dunia. Bank of England, sebagai antara institusi bank pusat tertua di dunia telah berperanan penting dalam melobi beberapa dasar utama yang menjadi asas kepada penubuhan bank-bank pusat di negara lain dan institusi kawalan kewangan antarabangsa.

2. Institusi kawalan kewangan antarabangsa seperti International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) atau World Bank, International Monetary Fund (IMF) dan Bretton Woods Institutions (BWIs) adalah hasil daripada persidangan Bretton Woods pasca perang dunia kedua. Sehingga ke hari ini, institusi-institusi inilah yang berkuasa mengawal polisi dan tindakan semua bank-bank pusat di dunia.

3. Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki matawang dan aktiviti kewangan yang rancak tidak terkecuali memiliki bank pusat seperti di negara-negara lain, dikenali sebagai Bank Negara Malaysia (BNM).

4. Bank pusat seperti Federal Reserve di Amerika Syarikat memperlihatkan kuasa autonomi yang terlalu kuat dalam pentadbiran negara. Timbul persoalan, adakah Bank Negara Malaysia (BNM) turut mempunyai kuasa dan bentuk yang sama seperti bank pusat tersebut? Apakah sebenarnya bentuk operasi dan lingkup kuasa BNM sebagai institusi kawalan matawang utama negara? Timbul juga persoalan, siapakah sebenarnya pihak yang memiliki autoriti dan menentukan polisi-polisi kewangan di setiap bank pusat atau bank negara?

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Skip to content