Langkau ke kandungan
Berita 1 minit bacaan Oleh IRIS Institute

Serangan Balas Iran ke Atas Israel Beri Talian Hayat Buat Netanyahu, Amerika Bakal Tingkatkan Bantuan Kewangan dan Ketenteraan ke Israel

Laporan NBC harini mendedahkan bahawa Israel berkemungkinan tidak akan memberi respon dengan menyerang secara langsung ke dalam kawasan Iran. Namun, bentuk serangan balas akan bersifat lebih kecil dan terbatas ke atas kumpulan proksi dan kawasan tertentu di luar Iran. Antara sasaran yang dilaporkan adalah kawasan Syria termasuk stor penghantaran dan penyimpanan peluru berpandu canggih dan senjata yang dihantar dari Iran ke Hezbollah. Menariknya, keputusan ini dikatakan dicapai sebelum serangan Iran lagi. NBC

Perkembangan ini menunjukkan Israel menerima “signal” Iran supaya perang ini tidak berlanjutan dan oleh itu, mengekalkan status quo. Status quo hubungan Israel-Iran bermaksud meneruskan peperangan terbatas yang hanya melibatkan proksi dan aset ketenteraan di negara ketiga sahaja seperti Lubnan, Yemen, dan Syria. The Cradle

Keputusan ini dikatakan terhasil kerana serangan Iran tidak memberi kemusnahan dan kesan teruk kepada Israel. Antara faktor lain juga adalah keengganan Amerika Syarikat untuk turut serta dalam serangan ke atas Iran. Pada ketika ini, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar senjata ke Israel dengan anggaran kira-kira 68 peratus, diikuti Jerman (30 peratus) dan lain-lain negara seperti Britain, Itali, dan Australia. Sejak 7 Oktober 2023, 6 negara iaitu Kanada, Belanda, Jepun, Sepanyol, Belgium, dan Denmark dilaporkan telah berhenti membekalkan senjata kepada Israel. The Guardian

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. RADAR memandu pembaca melihat trend, mengenal pasti gambaran besar, dan mengesahkan kesahihan berita.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditanda *