Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, menggesa kerajaan meningkatkan kadar kutipan cukai, pada masa sama mengumumkan sasaran pendapatan yang lebih jelas daripada pembaharuan cukai. Tambahnya, ia adalah bagi memastikan pemilihan instrumen cukai yang berkesan berikutan pelaksanaan pembaharuan cukai menerusi peningkatan cukai perkhidmatan dan pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dianggap tidak mencukupi. (The Edge)
Dalam perkembangan lain, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah telah menghadiri mesyuarat IMF dan World Bank di Washington D.C., Amerika Syarikat dari 17 April hingga 19 April. Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha tindakan perubahan iklim global merangkumi penetapan harga bahan api, penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh baharu. (MOF)
Di peringkat antarabangsa, Bank Dunia bersama IMF, OECD, dan PBB dalam Platform Kerjasama Cukai (PCT) sedang giat mempromosikan usaha mengoptimum sumber domestik negara iaitu dengan pengenalan cukai-cukai baharu atau peningkatan kadar cukai sedia ada sebagai mekanisme pembiayaan projek Sustainable Development Goals (SDGs) di negara membangun. Hal ini kerana, pembiayaan dari negara-negara bependapatan tinggi menerusi inisiatif Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) tidak mencukupi untuk mengatasi masalah perkembangan SDG yang terbantut. (IFC, UNDP, World Bank, SDSN)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.
Related Posts
Imbasan Kronologi Kehilangan Pesawat MH370
8 Mac 2014 12.41 pagi: Pesawat MAS Boeing 777-200ER berlepas dari KLIA ke Beijing membawa 239 penumpang…
China Tingkatkan Operasi Kenal Pasti Perisik Asing Yang Bekerjasama Dengan Gerakan Anti-China
China Tingkatkan Operasi Kenal Pasti Perisik Asing Yang Bekerjasama Dengan Gerakan Anti-China
China mendesak pegawai perisikan negara itu untuk meningkatkan usaha mereka untuk memburu perisik asing dan orang dalam yang bersekongkol dengan kumpulan ‘anti-China’
Hanya Sosialisme Yang Dapat Menyelamatkan China- Xi Jinping
“Hanya sosialisme yang dapat menyelamatkan China, dan hanya sosialisme dengan ciri-ciri Cina yang dapat mengembangkan China,” katanya, merujuk…