Turki Tawar 40,000 Biasiswa Pendidikan kepada Pelajar Gaza

students

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Turki sedang bercadang untuk untuk menawarkan 40,000 biasiswa pendidikan untuk pelajar Palestin khususnya daripada Semenanjung Gaza untuk menyambung pendidikan mereka di sekolah-sekolah agama Turki. Memetik kenyataan daripada akhbar Felesteen, jawatankuasa tersebut kini sedang mengadakan sesi temuduga untuk pelajar-pelajar daripada Gaza.

Pengerusi jawatankuasa itu, Selçuk Öztürk berkata, usaha ini bertujuan untuk membantu rakyat Gaza, yang kini sedang berada dalam kepungan Israel. “Hasil kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Turki, kami kini sedang menemuduga 40,000 orang pelajar yang berasal daripada Gaza yang layak untuk belajar di Turki.”

Öztürk berkata lagi biasiswa itu akan merangkumi empat tahun yuran pengajian bagi di peringkat sekolah menengah. Biasiswa ini juga akan dilanjutkan sekiranya pelajar tersebut berjaya menamatkan pengajian pada peringkat sekolah menengah dengan jayanya. Pada tahun 2016, sebanyak 4,000 biasiswa akan ditawarkan. Ini termasuklah kos penerbangan pergi dan balik serta kos tempat tinggal.

Sumber : MiddleEastMonitor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China: Kezaliman Tanpa Henti Terhadap Muslim Uyghur

Next Post

160 Ulama Gesa Raja Saudi Selamatkan Morsi

Related Posts
Skip to content