Yong Tai Berhad bangunkan bandar dan teater beridentitikan China di Melaka dengan bantuan pelaburan China

Yong Tai Berhad sedang giat membangunkan projek Impression City di Kota Laksamana, Melaka, yang menampilkan elemen kebudayaan dan warisan China dengan sokongan serta pelaburan daripada syarikat-syarikat China.

Pada September 2021, Yong Tai mengumumkan projek China-Element menerusi kerjasama dengan Opustique Infinity Limited (OIL), Cheng Ho International Trade Centre and Culture City Centre Sdn Bhd (CHENGHO), dan Oriental Impression City Development Sdn Bhd (ORIENTAL). Projek ini melibatkan pembinaan menara perniagaan 88 tingkat di Impression City yang mengandungi perniagaan dan elemen-elemen budaya China. – (Bursa)

Elemen-elemen tersebut merangkumi menara China-Asean, perpustakaan China, institut latihan/kolej untuk rawatan & perubatan tradisional Cina, pusat pameran pawagam skrin besar China, kolej antarabangsa China, dan pusat pertukaran budaya China-Asean. – (Bursa)

Dalam perjanjian itu, OIL akan menyediakan konsep reka bentuk kepada pembangunan menara 88 tingkat tersebut, manakala, Chengho dan Oriental sebagai pengurus projek bertanggungjawab untuk mencari pelaburan atau sumber kewangan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan China. – (Bursa)

Turut terletak di Impression City ialah Teater Encore Melaka. Menurut pengasas Encore Melaka yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai, Datuk Wira Boo Kuang, konsep teater itu banyak menumpukan kepada kebudayaan dan warisan China. Bagi menzahirkan hasrat ini, Encore Melaka direka bentuk khas oleh Wang Ge, arkitek dari Institut Reka Bentuk Seni Bina Beijing milik China. Pada masa sama, ketua pengarah kepada teater itu juga adalah individu berwarganegara China, Wang Chaoge. – (SCMP, Malay Mail)

Sementara itu, syarikat China dilaporkan memiliki 60 peratus ruang dalam pusat beli belah, Terra Square di Impression City dengan Yong Tai akan mengurus baki ruang atau unit yang tinggal. – (The Edge)

Pemilihan identiti China sebagai tema adalah kerana ingin menarik pelanggan dan pelaburan dari negara itu. Boo Kuang berkata kami mahukan mungkin kira-kira 60-70 peratus warga asing daripada jumlah keseluruhan penonton. Pada ketika ini, warga tempatan mewakili lebih daripada 80 peratus jualan tiket di teater Encore Melaka. Selain itu, bagi mendapat sokongan daripada kerajaan China dan limpahan daripada projek Melaka Gateway, Yong Tai berusaha menjadikan Impression City sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dengan mempromosi kebudayaan China. – (SCMP, NST)

Dalam pada itu, pembangunan Impression City berjalan seiring dengan potensi pelaburan bernilai RM3.5 bilion yang dibawa masuk menerusi tujuh memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri Melaka dan Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan syarikat pelabur dari China pada 2023. Salah satu daripada MoU tersebut adalah pembangunan menara Asean-China di Kota Laksamana yang juga merupakan sebahagian daripada Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ). – (Sinar Harian)

Antara projek lain yang termasuk dalam MoU itu adalah Asean-China Made Products Outlet and Exhibition Center, Asean-China International Grand Bazaar dan Malaysia-China Metaverse Database Center and High-Level Professional Training Base. – (Sinar Harian)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat beri bantuan ketenteraan RM2.31 bilion kepada Filipina, tingkatkan pengaruh AS ke atas infra strategik Filipina di Laut China Selatan

Next Post

Bank Dunia gesa Malaysia hapuskan skim pencen dalam langkah reformasi fiskal negara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content