Covid-19, situasi huru-hara yang disengajakan?

Dalam fasa kuarantin ini, saya cuba mencari jawapan akan hakikat sebenar kejadian yang melanda dunia pada hari ini. Walaupun masih belum menemukan jawapan sepenuhnya. Tetapi saya menjumpai beberapa pola-pola yang seakan sama dalam perubahan sejarah ketamadunan manusia.

Saya boleh simpulkan, kita sedang berada dalam fasa transisi perubahan kepimpinan ketamadunan dunia. Daripada apa kepada apa, dan siapa kepada siapa memerlukan perbahasan yang lebih panjang merujuk kepada pengukuhan atau kemusnahan sistem orde dunia sedia ada.

Namun, di sepanjang sejarah manusia, apabila kefasadan sekelompok “elit” yang mengawal pentadbiran dunia menjadi terlalu tidak terkawal, di situ akan ada beberapa kejadian sama ada “peperangan” , “wabak penyakit” atau “bencana alam” yang menelan beberapa tamadun besar manusia yang menyeleweng daripada aturan Tuhan dengan sendirinya umpama virus yang menyerang dari dalam tubuh tamadun itu sendiri.

“Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri (Ar rum:9)”

Hakikat ini menimbulkan beberapa pertanyaan kepada umat Islam itu sendiri. Adakah kita sudah bersedia mengambil alih pucuk pimpinan dunia, dan menyelamatkan umat manusia daripada malapetaka yang besar?

Hakikat itu menjelaskan akan tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini, pada waktu dan fasa transisi yang sangat mencabar ini. Episod wabak yang sedang kita lalui pada hari ini adalah sebahagian daripada rantaian-rantaian peristiwa besar yang akan kita lalui pada masa hadapan. Sama ada ianya disengajakan atau tidak disengajakan, kesannya adalah seperti yang diinginkan. Iaitu suasana “huru hara” dan panik di serata dunia. Pihak yang mampu mengawal suasana panik dan huru hara ini “ordo ab chao” merekalah yang akan memimpin tamadun dunia pada masa akan datang.

Image may contain: possible text that says 'A Short History of DISEASE PLAGUES, POXES AND CIVILISATIONS Sean Martin'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Senjata biologi pra Covid-19 dalam sejarah peperangan dunia

Next Post

Di Sebalik Dongeng Penubuhan Amerika

Related Posts
Skip to content