Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Senjata biologi pra Covid-19 dalam sejarah peperangan dunia

Senjata biologi bukan perkara yang baru. Sejak ribuan tahun, ejen biologi telah digunakan sebagai senjata keganasan (bioterorisme) untuk mengakibatkan kemudaratan kepada populasi yang disasarkan. Selain daripada populasi manusia, haiwan dan juga tumbuhan turut menjadi sasaran bioterorisme.

Pada abad ke 14, bangsa Tatar telah menyerang bandar Kaffa yang kini terletak di Eropah Timur dengan meletupkan mayat askar mereka yang sudah dijangkiti wabak di bandar tersebut.

Semasa tahun 1754 sehingga 1767 dalam Perang Perancis-Indian, British telah menyebarkan wabak cacar ke atas puak-puak orang Asli Amerika. Pada 24 Jun 1763, selimut dan sapu tangan yang telah dijangkiti telah diedarkan kepada mereka untuk mengurangkan populasi orang Asli yang menentang British ketika itu.

Dalam Perang Dunia Pertama, Jerman pula telah menyebarkan jangkitan wabak kepada haiwan ternakan dengan mencemarkan makanan haiwan dengan B. anthracis (anthrax) dan Burkholderia mallei (glanders) untuk dieksport ke Rusia. Ejen biologi itu telah berjaya membunuh 4500 ekor lembu dan lebih daripada 200 ekor keldai.

Jepun pula telah menjalankan eksperimen bioterorisme di Manchuria dari tahun 1932 sehingga tahun 1945. Di sebuah fasiliti kajian di bandar Ping Fan, tahanan penjara telah dijangkiti dengan B. anthracis, Neisseria meningitidis, Shigella spp., B. mallei, Salmonella typhosa, Vibrio cholerae, Y. pestis, virus cacar v, dan agen penyebab penyakit lain. Di samping itu, di bandar, beberapa orang Cina telah dicemarkan sumber air dan makanan mereka dengan ejen peperangan biologi. Kutu yang telah dijangkiti turut dilepaskan daripada pesawat. Seramai 10 ribu mangsa telah terkorban dalam peperangan biologi tersebut.

Banduan di kem-kem tahanan Nazi pula telah dijangkiti secara paksa dengan Rickettsia prowazekii, rickettsia mooseri, virus hepatitis A, dan Plasmodium spp. Mereka turut dijadikan bahan uji kaji rawatan vaksin bagi wabak tersebut.

Bagi melawan kuasa Jerman, British juga menjalankan eksperimen bom dengan spora B. anthracis di Pulau Gruinard berhampiran pantai Scotland pada tahun 1941 dan 1942. Spora anthrax tersebut yang dapat bertahan selama 45 tahun selepas selepas Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat turut melakukan eksperimen dengan virus yang sama dalam Korean War dan manusia telah dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk melihat sejauh mana virus ini boleh tersebar menerusi udara.

Selain itu, terdapat lagi beberapa contoh ejen biologi yang digunakan untuk bioterorisme, seperti yang berlaku dalam krisis US-China-Korea Utara pada tahun 1952, genosid puak orang Asli di Brazil pada tahun 1969, Perang US-Vietnam pada tahun 1962 dan Perang Teluk di Iraq pada tahun 1991.

Malah virus Ebola turut dirancang untuk dijadikan sebagai senjata biologi pada tahun 1994, sebelum menjadi pendemik di benua Afrika pada tahun 2014, 20 tahun kemudiannya.

Terjemahan daripada Hawley, R. J., & Eitzen Jr, E. M. (2001). Biological Weapons—a Primer for Microbiologists. Annual review of microbiology, 55. Penulis adalah pegawai tentera daripada U.S. Army Medical Research Institute of Infectious Diseases, Fort Detrick, Maryland, US.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Benarkah world order baru bakal terbentuk pasca Covid-19?

Next Post

Covid-19, situasi huru-hara yang disengajakan?

Related Posts

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Isu Rohingya & Laut China Selatan Bukti Kelemahan ASEAN

Belum lagi Malaysia mampu menarik nafas lega daripada isu Covid-19, negara ini sedang diasak secara serentak dengan dua…
Read More

Notice: wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/rekasawa/fokus.my/wp-includes/functions.php on line 5313

Falsafah Islam disebalik pintu rumah Melayu

Tentang pintu rumah Melayu dan fungsi Islamik. Pertama: Kemestian orang Melayu terdahulu dalam membuat rumah, mestilah sekurang-kurangnya mempunyai…
Read More