2) Tidak cukup dengan itu, beliau membeli telefon pintar I Phone yang baru, dan meminta pembantunya untuk meletakkan aplikasi kawalan yang menghalang beliau dari memuat turun sebarang aplikasi.
3) Beliau sememangnya berhati-hati dengan tarikan-tarikan sementara di dalam dunia media sosial terutama pada butang “like”. Sambil beliau menyifatkan bahawa perkara itu adalah sebagai godaan yang mengeliurkan.
4) Jika anda ingin tahu pada tahun 2007 Rosenstein adalah antara individu yang berjaga siang dan malam “coding” butang “like” yang ada pada aplikasi Facebook seperti yang kita lihat sekarang. Baginya, penciptaan itu adalah sesuatu yang sangat berjaya. Facebook mampu untuk mendapatkan data kegemaran penguna mereka dan menjualnya kepada pengiklan. Idea ini kemudiannya diambil oleh Twitter dan mereka mencipta butang like berbentuk hati.
5) Kini, Rosenstein telah berhenti dari Facebook dan membuka syarikat aplikasi yang boleh membantu syarikat-syarikat meningkatkan tahap produktiviti mereka di samping mengurangkan ganguan terhadap media sosial.
https://www.theverge.com/…/justin-rosenstein-asana-social-m…
Pelik bukan?
…
6) Namun kisah yang paling menarik adalah kisah Tristan Haris seorang pemuda yang pernah bekerja di Google. Pemuda berusia 33 tahun ini menjadi aktor yang vokal dalam menghalang eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi ini.
7) Beliau mengatakan bahawa kita sebenarnya telah digodam oleh mereka! Kebebasan kita bertindak dan berbuat keputusan telah dipengaruhi oleh susun atur rekaan yang ada di dalam media sosial. Ianya dengan sengaja direka supaya kita menjadi ketagih.
8) Sebagai seorang bekas pelajar di Stanford Universiti, beliau pernah belajar kaedah mempengaruhi tindakan pengguna ini dari BJ Fogg seorang ahli psikologi yang bertanggungjawab mengetengahkan idea bagaimana untuk mengeksploitasi psikologi manusia melalui kaedah pemasaran. Antara murid beliau yang popular adalah Nir Eyal, penulis buku Hooked: how to build Habit Forming Products. Eyal kini menjadi konsultan kepada syarikat-syarikat media besar dalam mempengaruhi tindakan manusia.
9) Harris, juga pernah belajar teknik-teknik seperti itu, dan apabila beliau bekerja di Google, beliau mengaplikasikannya di dalam Google Email. Ikon seperti notifikasi berwarna merah, kaedah scroll dan refresh adalah sebenarnya kaedah untuk mengeksplotasi perhatian dan memberi godaan kepada manusia untuk memberi perhatian lebih kepada aplikasi tersebut. Ianya diambil dari konsep mesin jackpot dimana manusia akan berasa seronok ingin tahu apakah perkara seterusnya yang akan mereka dapat. Sistem gegaran itu menyebabkan manusia ketagih dan ini menyebabkan hormon dopamine memenuhi otak manusia.
10) Konsep yang sama juga digunakan dalam aplikasi Instagram. Jari kita akan terus scroll dan scroll sehingga tidak tahu bila lagi akan habis. Remaja pada hari ini menghabiskan masa berjam-jam lamanya sehari untuk melihat gambar-gambar dan video di Instagram. Bagi golongan dewasa pula, mereka juga tidak turut terlepas dari menjadi mangsa kegilaan laman Facebook.
11) Namun bagi pencipta aplikasi ini, lagi lama anda berada dalam aplikasi mereka, lagi mudah peluang mereka untuk menterjemahkannya kepada duit dan keuntungan.
https://www.fool.com/…/people-still-spend-an-absurd-amount-…
12) Dalam satu laporan yang telah dibocorkan oleh media mendapati Facebook mengakui mereka boleh mengesan dan mengenal pasti tahap emosi jiwa pengguna. Adakah mereka sedang marah, sedih, kecewa, rasa bodoh, takut, atau sedang gagal. Maka kerapuhan ini akan digunakan dengan menjual data pelanggan kepada pengiklan, supaya iklan yang sesuai akan dipaparkan mengikut situasi emosi pengguna. Perkara ini jika kita fikirkan tidak pelik. Bayangkan hampir 500 juta pengguna Facebook dan masing-masing memaparkan kehidupan seharian melalui status dan gambar. Dengan mudah Facebook boleh mendapatkan data-data mereka.
https://www.theguardian.com/…/facebook-advertising-data-ins…
13) Ujian-ujian yang dirasakan bodoh, seperti apa yang anda fikirkan sekarang? Adalah sebagai suatu alat, untuk memandaikan mesin AI yang sedang mereka cipta. Kita tanpa segan silu, kemudiannya menulis, saya sedang berfikir tentang ini, saya sedang berfikir tentang itu, masalah hutang, keluarga, politik dan lain-lain.
Jika anda ingin memahami konsep singularity dan consiousness mesin AI ini, anda boleh menonton cerita Ex Machina.
Lihatlah betapa rapuhnya kehidupan kita pada hari ini.
Maka Harris mengambil keputusan pada tahun 2011 untuk berhenti dari Google. Sebelum beliau berhenti beliau sempat melobi dan membuat slaid dan berkongsi kepada rakan sekerjanya. Slaid yang dikongsi kepada 5 orang rakan sekerja beliau kemudian berkembang kepada hampir keseluruhan staf dan beliau sendiri sempat berbincang dengan CEO kepada Google pada ketika itu Larry Page. Slaid itu bertajuk A Call to Minimize Distraction & Respect Users’ Attention .
https://www.scribd.com/…/A-Call-to-Minimize-Distraction-Res…
14) Jika anda mempunyai peluang untuk membacanya, anda boleh lihat serba sedikit apakah taktik yang digunakan agar anda boleh duduk selama berjam-jam tanpa jemu menonton video di Youtube atau bermain Instagram.
15) Adakah kita sedar perkara itu? Di mana kemerdekaan diri kita dalam membuat keputusan dan mengatur pilihan diri? Adakah media sosial ini menjadi alat kepada kita untuk memudahkan perhubungan atau tanpa kita sedari, diri kita sendiri sudah dieksploitasi dan kita menjadi mangsa kepada mereka!
16) Bagi #10yearschallenge ini adakah anda rasa berbahaya data anda digunakan untuk melatih “facial recognition algorithms” ? Mengenal pasti proses penuaan usia anda selama 10 tahun? Fikir-fikirkan, apa yang akan mereka lakukan dan mesin AI bagaimana akan mereka hasilkan?
https://www.wired.com/story/facebook-10-year-meme-challenge/
Asyraf Farique
Pegawai Penyelidik
IRIS Institute