Era Baru Industri Pertahanan Turki

Turkish Prime Minister Tayyip Erdogan attends an inauguration ceremony of a natural gas pipeline from Turkey to Greece, at Ipsala border crossing between Greece and Turkey, November 18, 2007. The pipeline will carry natural gas from Azerbaijan to the European Union. REUTERS/Grigoris Siamidis (GREECE) – RTX322O

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam majlis pembukaan program Pembangunan Teknologi Nasional berkata beliau komited untuk meningkatkan kadar pembuatan dalam sektor pertahanan dari 20% ke 65%. Minggu ini menyaksikan beberapa hasil persenjataan buatan Turki diuji serta dipamerkan termasuk sistem pertahanan udara jarak jauh, projek ‘Siper’ dan sistem misil anti kapal, Atmaca.

President Turki sewaktu majlis perasmian

Lonjakan teknologi dalam sistem misil merupakan salah satu kejayaan bagi industri Turki dalam mengurangkan kebergantungannya kepada sistem persenjataan Barat. Turki juga turut memberi penekanan terhadap industri-industri lain selain daripada pertahanan dalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran hasil dalam negeri.

Syarikat seperti FNSS mendapat perhatian antarabangsa melalui produk-produk pertahanannya termasuk dari Malaysia yang melakukan ToT atau transfer of technology dalam pembinaan kenderaan perisai AV8 ‘Gempita’. FNSS turut membangunkan kenderaan amfibia bagi tujuan pendaratan dari laut. Penulis juga berkesempatan untuk menyaksikan latihan bagi menguji sistem peluru berpandu Atmaca yang akan memulakan pengeluaran tahun depan. Kejayaan ini meletakkan Turki sebaris dengan negara-negara pengeluar seperti US, Perancis dan China dalam sektor aeroangkasa.

Presiden Turki bersama dengan sistem misil buatan Turki

Pada 2018, industri pertahanan Turki telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak $900 juta bagi pasaran luar menerusi industri aeroangkasa dan sistem persenjataan. US dan Jerman merupakan pembeli utama dengan nilai dagangan sebanyak $342.9 juta dan $116.9 juta. Jumlah ini dijangka akan meningkat dengan inisiatif kerajaan Turki dan sokongan pembelian daripada negara-negara Afrika dan Asia.

Penulis menyarankan agar kerajaan Malaysia dan industri pertahanan Malaysia secara amnya mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan menerusi ToT dan MoU dengan syarikat-syarikat Turki bagi meningkatkan mutu produk pertahanan tempatan.


Irfan Alias

Kolumnis Fokus

Sumber:

Turkish Presidency Directorate of Communication

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

US exiting from Syria: Between wishful thinking & gloomy reality

Next Post

10 Years Challenge: Bagaimana data anda boleh dieksploitasi?

Related Posts
Skip to content