5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Netanyahu-Evangelis-Zionis

 

us-aipac1-602x433

 

 

1. Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa beliau bersuara bagi pihak orang Yahudi walaupun pada hakikatnya dia hanya mewakili minoriti Yahudi Israel dan Amerika yang menyokong parti sayap-kanannya, Parti Likud. Bagi yang lain, terutama di Eropah, dia dianggap sebagai penaja Amerika Syarikat, pembangkit rusuhan Zionis dengan agenda politik ekstremisnya yang menolak Palestin dan menuntut perpindahan rakyat Palestin dari negara tersebut.

 

2. Polisi Israel seperti penempatan haram di Tebing Barat dan Timur Jerusalem bagi mengelakkan penubuhan negara Palestin dilaksanakan melalui penyekatan bekalan keperluan ke Gaza selama 8 tahun, kesilapan melabel buah-buahan dan sayur-sayuran eksport ke Eropah, serta pembunuhan dahsyat ke atas ribuan wanita dan kanak-kanak yang lemah. Hal ini telah menyemarakkan lagi antisemitik atau semangat anti-Yahudi di seluruh dunia. Agenda Israel terhadap penduduk jati Arab menjadi penyebab utama perasaan anti-Yahudi di Eropah dan seantero dunia.

 

3. Netanyahu menyedari bahawa polisi tersebut merbahaya ke atas keselamatan komuniti Yahudi di seluruh dunia. Kesan daripada peningkatan semangat antisemitik ini, semakin bertambah rakyat Perancis, Britain dan Yahudi yang lain untuk menjual kesemua rumah mereka secara paksa dan meninggalkan negeri kelahiran mereka bagi mendapatkan perlindungan di Israel. Inilah kunci penting dalam agenda Netanyahu yang mana kesemua rakyat Amerika, Eropah dan diaspora Yahudi sepatutnya ‘’dipujuk’’ untuk beremigrasi ke Israel beserta kesemua aset mereka sekali.

 

4. Agenda ini juga disokong oleh sebahagian Evangelis, Kristian Zionis di Amerika, yang mempercayai ayat-ayat Injil dan matlamat bahawa kesemua 14 juta Yahudi di dunia harus diletakkan di Israel di mana mereka boleh dibaptiskan dan bertukar secara beramai-ramai di gereja Kristian. Menteri Israel bersorak gembira apabila mereka menerima sokongan ini – di mana tanpanya ekonomi mereka akan jatuh.

 

5. Lobi Israel di Amerika terdiri daripada berpuluh jenis organisasi termasuklah AIPAC, kumpulan politik Zionis utama yang berhubung dengan Rumah Putih dan berpengaruh kuat ke atas polisi luar Amerika Syarikat di serata dunia.

 

Walaubagaimana pun, bagi kebanyakan komuniti integrasi Yahudi Eropah, dakwaan jenayah perang ke atas Netanyahu beserta keganasannya di Gaza, agenda penjajahan beserta peningkatan antisemitik sememangnya merupakan berita yang sangat teruk.

Ketua UNICEF berkata 392 orang kanak-kanak telah dibunuh dalam konflik antara Israel dan Hamas dan mengakibatkan 370,000 kanak-kanak dilanda trauma.

Pemboikotan akademik dan sekatan hubungan perdagangan dengan Israel sekarang dilihat mempu memberi kesan buruk yang tidak dapat dielakkan akibat kekejaman yang dilakukan Israel ke atas Gaza.

 

Terjemahan: Nurul Fitrah Abdullah

Sumber: Global Research

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perang terhadap Denggi: Bioteknologi & Penyelesaiannya

Next Post

Letupan di Turki: 32 Orang Terbunuh

Related Posts
Skip to content