Langkau ke kandungan
Analisis 1 minit bacaan Oleh fokusmyadmin

8 Ahli Ikhwan Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati di Mesir

0702_morsi_630x420

 

Sebuah mahakamah Mesir telah menjatuhkan hukuman mati kepada lapan orang defendan pada hari Selasa atas tuduhan berada dalam kumpulan Ikhwan Muslimin yang telah diharamkan, sementara 77 orang yang lain dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Perkara ini telah dilaporkan oleh sebuah sumber kehakiman.

Sumber tersebut, yang tidak mahu namanya disiarkan, menyatakan bahawa Mahkamah Jenayah Minya telah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun ke atas 29 orang ahli yang lain.

Sementara itu, lima defendan telah dilepaskan dari segala tuduhan.

Defendan-defendan tersebut telah dihakimi tanpa kehadiran mereka kerana mereka dituduh dengan kesalahan melakukan keganasan ke atas anggota polis, institusi kehakiman dan kemudahan awam di wilayah Minya yang terletak di selatan Mesir, juga kerana mereka menganggotai pertubuhan Ikhwan Muslimin, yang telah diklasifikasikan sebagai pertubuhan “pengganas” oleh pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat pada hari Selasa adalah tertakluk kepada rayuan.

Berdasarkan sebuah sumber perundangan, defendan-defendan tersebut menafikan segala pertuduhan ke atas mereka dan akan mencabar hukuman terbabit.

 

Terjemahan: Aiman Radzman

Sumber: Middle East Monitor

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditanda *