Pesawat Prototaip Pengintip Israel Melintasi Ruang Udara Malaysia

Landskap Edisi 9/2021

Ringkasan Eksekutif

Malaysia membenarkan pesawat prototaip pengintip syarikat Israel jenis Boeing 737-400 (Nombor pendaftaran ICAO: 4X-AOO) melintasi ruang udara Malaysia pada 19 Mei 2021 untuk ke Singapura bagi tujuan demonstrasi pertahanan.

Pesawat milik syarikat Israel, IAI-Elta (Israel Aerospace Industries-Elta Electronics Industries) ini mempunyai keupayaan teknologi untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial.

Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melintasi ruang udara Malaysia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Walaubagaimanapun, pesawat prototaip pengintip Israel itu tidak dibenarkan mendarat dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia atau melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

1. Apakah isu yang berlaku?

Sebuah pesawat prototaip pengintip jenis Boeing 737-400 (Nombor pendaftaran ICAO: 4X-AOO) milik syarikat Israel, IAI-Elta (Israel Aerospace Industries-Elta Electronics Industries) telah melintasi ruang udara Malaysia pada 19 Mei 2021 untuk ke Singapura.

Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam kenyataan rasmi pada 29 Mei 2021 telah mengesahkan perkara tersebut. Menurut kenyataan itu, Malaysia meluluskan mana-mana penerbangan melintasi ruang udara Malaysia mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Walaubagaimanapun, pesawat prototaip pengintip Israel itu tidak dibenarkan mendarat dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia atau melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

Menurut pendapat penganalisis keselamatan dalam bidang teknologi pertahanan, pesawat ini mempunyai keupayaan untuk menganalisa, memintas signal perhubungan dan mengesan aset-aset penting.

Keupayaan ini membolehkan pesawat tersebut menganalisa rangkaian perhubungan penting semasa melintasi ruang udara Malaysia.

Antara Kompleks Strategik Negara yang dilintasi pesawat tersebut adalah; 1) Pengkalan Udara Subang 2) Kem Sungai Udang (Markas Grup Gerak Khas-GGK) 3) Kem Terendak (Kem 10 Bridged Para) dan 4) Kompleks pentadbiran Putrajaya.

Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini tiada laporan rasmi daripada kementerian yang berkaitan berhubung perkara ini.

Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan bahawa kedatangan pesawat tersebut adalah bagi tujuan menambah baik keupayaan 4 buah pesawat Gulfstream G550 milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang menggunakan teknologi sensor ELTA 2085  yang berfungsi sebagai kawalan sistem amaran awal udara (CAEW) yang telah berusia 10 tahun.

Walau bagaimanapun, pendapat ini  tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya. Isu pesawat Israel ini berlaku dalam keadaan nilai dagangan Malaysia-Israel mencatatkan peningkatan sejak tahun 2018 dan unjuran pertambahan yang pesat dalam sektor elektrik dan elektronik semasa wabak COVID-19 melanda dunia.

Data Bank Dunia pada tahun 2018 mencatatkan bahawa sektor elektrik dan elektronik menyumbang kepada 78.8% daripada jumlah keseluruhan import Israel dari Malaysia.

Maklumat yang diperolehi daripada laman Syarikat ZIM iaitu sebuah syarikat perkapalan kargo antarabangsa terbesar Israel yang berpangkalan di Haifa, Israel menunjukkan bahawa kapal-kapal yang dikaitkan dengan syarikat berkenaan telah kerap berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak pada bulan Mei 2021 ini.

2. Sejak bila isu ini berlaku?

Pada 18 Mei 2021, pesawat prototaip pengintip jenis Boeing 737-400 (Nombor pendaftaran ICAO: 4X-AOO) bertolak dari Israel, melintasi ruang udara Tebing Barat menuju ke arah Teluk Aqaba, Sinai Mesir.

Baca rumusan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Bagi Pelanggan Eksklusif, Sila Login terlebih dahulu untuk muat turun):


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RADAR 2021 (edisi 41)

Next Post

RADAR 2021 (Edisi 42)

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content