Kerajaan akan memperoleh aset tren-tren penumpang untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daripada China dengan kaedah pajakan selama 30 tahun ketika hampir 90 peratus tren penumpang dalam rangkaian KTMB adalah buatan syarikat milik China, China Railway and Rolling Stock Corporations (CRRC).
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, fasa pertama projek itu akan bermula dari tahun 2024 hingga 2027 membabitkan 62 set tren penumpang baharu dengan anggaran kos RM10.7 billion. Katanya, kos penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sepanjang tempoh pajakan akan ditanggung oleh China, sebagai pembekal tren. – (Sinar Harian)
Selain itu, projek infrastruktur kereta api mega negara, East Coast Rail Link (ECRL) yang bernilai RM44 bilion juga berada di bawah kawalan China menerusi skim pembiayaan swasta-kerajaan yang memberi pegangan 85 peratus kepada Export-Import Bank of China (EXIM Bank) dalam pemilikan kereta api. – (Bri Monitor)
Manakala, kedudukan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dalam pemilikan projek ECRL juga berubah selepas kerajaan memutuskan untuk menandatangani Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company (CCCC) pada 2019 yang menyaksikan CCCC diberi 50 peratus pegangan dalam operasi ECRL. – Bri Monitor)
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab