Syarikat Milik UAE, DP World Ambil Alih Pengurusan dan Operasi Pelabuhan Sapangar daripada Sabah, Pegang Kepentingan Terbesar dalam Pelabuhan

Suria Capital Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan DP World untuk secara rasmi menyerahkan pengurusan dan operasi Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP) kepada syarikat milik Dubai itu. – The Star

Menerusi perjanjian ini, DP World akan memegang kepentingan 51 peratus dalam SBCP Sdn Bhd yang dijenamakan semula menjadi DP World Sabah Sdn Bhd, manakala Sabah Ports akan memegang baki 49 peratus dalam syarikat itu. – The Edge

Selain menyasarkan peningkatan kapasiti pengendalian kontena SBCP daripada 500,000 teu kepada 1.25 juta teu menjelang 2025, DP World juga berhasrat untuk menyemak semula kadar tarif pelabuhan yang kekal sejak 35 tahun lepas. Menurut AmInvestment Bank, keuntungan bersih SBCP boleh meningkat sehingga 33 peratus pada 2024 sekiranya berlaku kenaikan kadar tarif sebanyak 10 peratus. – Seatrade, The Edge

Terdahulu, The Edge pada 2019 melaporkan terdapat usaha daripada DP World untuk membeli kepentingan dalam SPSB yang memegang konsesi 30 tahun untuk mengurus dan mengendalikan lapan pelabuhan di Sabah merangkumi Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak. – The Edge

Pelabuhan Sapangar yang terletak berhampiran laluan perkapalan antara Timur Jauh dan Singapura menjadikannya hab pemindahan kapal utama yang menghubungkan rangkaian perkapalan serantau dengan global. Ini bermakna pelabuhan-pelabuhan kecil dikalangan negara ASEAN Timur atau ahli kepada BIMB-EAGA boleh menggunakan SBCP sebagai hab untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan New Zealand. – BIMP-EAGA, SPSB, BIMP-EAGA

Untuk menjadikan Pelabuhan Sapangar sebagai hab pemindahan kapal utama bagi BIMB-EAGA. Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) Sabah pada 2020 menyatakan hasrat untuk mendapatkan pinjaman fasiliti daripada China susulan pengumuman negara itu ketika Mesyuarat Menteri-Menteri BIMP-EAGA – China di Kuching untuk menyediakan geran dan pinjaman khas bernilai AS$5 bilion kepada BIMP-EAGA. – ASEAN

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syarikat China dan Singapura pegang kepentingan dalam projek terminal simpanan minyak terbesar Malaysia di Sabah

Next Post

Tuntutan China terhadap projek minyak dan gas Malaysia: Implikasi kedaulatan dan keselamatan Malaysia

Related Posts

RADAR EDISI 69

[membership level=”1″] RADAR EDISI 69 11 September 2019 – DALAM NEGARA – Politik 1. Desentralisasi kuasa: Sarawak tuntut…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content