Kerajaan dijangka mengikuti langkah Singapura, Filipina, Indonesia, dan Vietnam dengan mendapatkan khidmat Amerika Syarikat dalam pembangunan tenaga nuklear awam negara menjelang Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, tenaga nuklear kini “dipertimbangkan” sebagai pilihan utama untuk penjanaan tenaga di Malaysia. Katanya, “keputusan telah dibuat di peringkat kabinet. Jadi, dalam Rancangan Malaysia Ke-13, tenaga nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai sumber tenaga bersih yang berpotensi untuk negara.” – The Edge
Selain itu, Rafizi juga memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah disahkan secara rasmi oleh Majlis Tenaga Negara (NEC). – The Edge
Amerika Syarikat kini memacu trend pembangunan tenaga nuklear jenis Reaktor Modular Kecil (SMR) di rantau ASEAN, dengan Filipina dan Singapura menjadi negara terbaharu menandatangani perjanjian nuklear dengan AS pada Julai lalu. – Fokus
Indonesia pula merupakan negara pertama di ASEAN yang menandatangani perjanjian tersebut pada tahun 1981, diikuti Vietnam pada 2014. – NNSA
Menurut laporan portal Fokus pada Ogos lalu, Thailand dilihat berpotensi mengikuti jejak langkah empat negara ASEAN lain dalam pembangunan tenaga nuklear. – Fokus
Hal ini susulan sokongan teknikal daripada Amerika Syarikat untuk membangunkan Reaktor Modular Kecil (SMR) di Thailand, serta pertemuan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo, yang membincangkan usaha melancarkan program tenaga nuklear di negara itu. – Fokus
Keinginan Malaysia untuk membangunkan Reaktor Modular Kecil (SMR) sebagai sebahagian daripada campuran tenaga negara menunjukkan bahawa Malaysia mungkin akan mengikuti trend nuklear di ASEAN, dengan melibatkan Amerika Syarikat dalam perancangan tenaga nuklearnya. – The Edge
Rafizi berkata dengan inovasi baharu seperti Reaktor Modular Kecil (SMR) yang membolehkan pembinaan loji nuklear yang lebih kecil, lebih selamat dan lebih berpatutan, yang boleh digunakan di kawasan di mana sumber tenaga konvensional mungkin tidak praktikal atau kos efektif. – The Edge
Kerjasama nuklear dengan Amerika Syarikat akan merangkumi perjanjian Persetujuan 123, yang membenarkan eksport bahan api nuklear, reaktor, peralatan, dan bahan nuklear khas dari AS. – Fokus
Dalam pada itu, Rafizi turut menegaskan pembangunan nuklear di Malaysia terikat dengan piawaian dan pematuhan antarabangsa.
Katanya, “dasar dan peraturan kerajaan perlu memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat sebelum sebarang projek nuklear dapat diteruskan. Terdapat senarai panjang pematuhan antarabangsa yang perlu kita penuhi sebelum kita boleh memulakan [kuasa] nuklear,” – The Edge
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab