Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan bahagian baharu di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) bagi mengurus pembangunan infrastruktur dan sosial di Kampung Baru Cina.
Menurut laman web rasmi JKT, bahagian itu mempunyai empat fungsi utama yang menumpukan kepada penyediaan kemudahan, bantuan kewangan dan peningkatan kapasiti penduduk kampung. – JKT
Pertama, menyediakan dana bagi pembangunan kemudahan infrastruktur serta sosio-ekonomi, termasuk membaik pulih rumah usang dan membina rumah baharu di kawasan Kampung Baru. – JKT
Kedua, membantu penduduk memperoleh pinjaman mudah untuk memperbaharui premium pajakan tanah, memulakan perniagaan mikro serta menaik taraf kediaman. – JKT
Ketiga, menyediakan peruntukan dan melaksanakan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan pembangunan sosial-ekonomi bagi meningkatkan pengetahuan, pendapatan dan hubungan kemuafakatan di kalangan penduduk kampung. – JKT
Keempat, melaksanakan program dan aktiviti bagi memantapkan kemahiran dan pengetahuan PKP serta JPKK/JPKKP dalam pentadbiran dan pembangunan Kampung Baru. – JKT
Dalam pada itu, Bahagian tersebut diketuai oleh Lim Shean Lee selaku Pengarah, dengan Tan Swee Keng dan Lim Ai Rin masing-masing sebagai Ketua Penolong Pengarah bagi unit pembangunan fizikal dan pembangunan sosial. – JKT
Bagi tahun 2024, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membelanjakan RM121.38 juta untuk projek-projek pembangunan Kampung Baru Cina. – KPKT
Peruntukan tersebut melibatkan pembinaan baharu 21 buah rumah di bawah Program Rumah MADANI Rakyat Kampung Baru bagi rumah penduduk yang tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaikpulih. – KPKT
Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 13.4% berbanding tahun sebelumnya yang melibatkan RM107.07 juta – KPKT
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab