Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland pada 26 Disember 2025 dillihat hanya mengukuhkan lagi pengaruh Israel di benua Afrika.
Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar, mengumumkan bahawa Israel dan Somaliland telah menandatangani perjanjian yang mewujudkan hubungan diplomatik penuh, yang akan merangkumi pembukaan kedutaan dan pelantikan duta besar. – The Guardian
Malah, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan pengiktirafan ini adalah sebahagian daripada semangat “Abraham Accords”. Seterusnya menjadikan Israel secara rasmi menjadi negara pertama yang mengiktiraf Somaliland sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. – The Guardian
Sebagai makluman, Somaliland telah menjadi sebahagian daripada Republik Somalia yang bersatu sejak tahun 1960, tetapi mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1991 dan menubuhkan sebuah negara de facto. – Middle East Eye
Walaupun ia mempunyai hubungan diplomatik tidak rasmi dengan beberapa negara, kedaulatannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara anggota tetap PBB. – Middle East Eye
Tindakan pengiktirafan Israel ini dilihat “serangan yang disengajakan” terhadap kedaulatan Somalia yang akan menjejaskan keamanan serantau. – Al-Jazeera
Liga Arab, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Kesatuan Afrika (AU), dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam pengiktirafan rasmi Israel terhadap wilayah Somaliland. – Al-Jazeera
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyifatkan tindakan Israel itu sebagai “pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas dan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip perpaduan dan kedaulatan negara-negara”. – Al-Jazeera
Kepentingan Somaliland terhadap Israel dapat dilihat melalui kenyataan dalam satu laporan yang diterbitkan oleh Institut Kajian Keselamatan Negara, sebuah badan pemikir Israel.- INSS
Menurut institut tersebut “wilayah Somalia boleh berfungsi sebagai pangkalan hadapan untuk pelbagai misi: pemantauan risikan terhadap Houthi dan usaha persenjataan mereka; sokongan logistik untuk kerajaan sah Yaman dalam perangnya menentang mereka; dan platform untuk operasi langsung menentang Houthi.” – INSS
Menurut Perpustakaan Maya Yahudi, Israel kini mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan 41 daripada 46 negara sub-Sahara Afrika dan kedutaan di 11 daripada 54 negara Afrika: Rwanda, Senegal, Mesir, Angola, Ghana, Ivory Coast, Ethiopia, Nigeria, Afrika Selatan, Kenya dan Cameroon. – Jewish Virtual Library
Bekas perdana menteri Turkiye, Ahmet Davutoğlu menyatakan, “tindakan Israel membuat pengiktirafan ini hanyalah sebagai ‘loceng penggera’ yang merupakan sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk memecahbelahkan negara-negara Islam dan meneutralkan negara-negara utama melalui pengepungan. – Ahmet Davutoğlu
Menurut beliau lagi, “dengan berbuat demikian, Israel bukan sahaja memecahbelahkan Somalia, sebuah negara yang 100% beragama Islam, dan berisiko mengalami perang dalaman dengan kekejaman besar-besaran seperti Sudan, tetapi juga mendapat akses ke Pelabuhan Berbera yang strategik di pintu keluar Laut Merah, di Teluk Aden”. –Ahmet Davutoğlu
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab