Harga purata pasaran perumahan yang terus meningkat menyebabkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan kumpulan M40 di Malaysia telah jatuh ke paras lebih rendah berbanding kumpulan berpendapatan rendah B40.
Laporan Analisis Pasaran Hartanah Kediaman Malaysia 2026 oleh Global Property Guide mendedahkan harga rumah di Malaysia terus meningkat, dengan KL kekal paling mahal.
Kuala Lumpur mencatatkan harga rumah paling mahal di Malaysia, dengan harga purata rumah sebanyak RM804,642 bagi suku ketiga 2025. – GPG
Diikuti oleh Selangor dengan harga purata RM553,196, Sarawak RM540,884, Sabah RM533,614, dan Pulau Pinang RM504,845. – GPG
Harga rumah kekal melebihi RM400,000 di Johor, dengan purata RM471,485 bagi tempoh yang sama. – GPG
Sementara itu, harga rumah sedikit melebihi RM300,000 di Kedah (RM322,890), Negeri Sembilan (RM314,652) dan Terengganu (RM307,717). – GPG
Harga rumah paling rendah di Malaysia boleh ditemui di Perlis dan Melaka, masing-masing dengan purata RM246,254 dan RM250,311. – GPG
Hartanah kediaman juga agak mampu milik di Perak, dengan harga purata RM280,724; Pahang dengan RM275,159; dan Kelantan dengan RM272,824. – GPG
Harga purata rumah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan berterusan sejak 2009, daripada sekitar RM200,000 kepada hampir RM500,000 menjelang 2025, mencerminkan kenaikan hampir dua kali ganda dalam tempoh 16 tahun. – GPG
Trend peningkatan ini menyumbang kepada krisis kemampuan memiliki rumah terhadap golongan M40 dan B40.
Isi rumah B40 terus berdepan kesukaran untuk membeli rumah, manakala kadar pemilikan rumah dalam kalangan M40 menurun kepada 75.9%, lebih rendah berbanding kadar B40 iaitu 76.3%. – The Edge
Manakala, kadar pemilikan rumah tertinggi dicatatkan dalam kalangan 20% isi rumah berpendapatan tertinggi (T20) iaitu 85.5%. – The Edge
Berdasarkan negeri dan wilayah persekutuan, Putrajaya mencatatkan kadar pemilikan rumah terendah iaitu 27.1%, diikuti oleh Labuan (61.1%), Kuala Lumpur (61.4%) dan Selangor (71.9%). – The Edge
Sementara itu, negeri dengan kadar pemilikan rumah tertinggi ialah Perlis (85.8%), Melaka (85.6%), Kedah (85.3%) dan Perak (85.2%), yang masing-masing mempunyai harga purata rumah lebih rendah berbanding negeri lain. – The Edge
Pengerusi Rehda Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata kemerosotan kadar pemilikan rumah dikalangan M40 berpunca daripada model pembangunan yang bergantung kepada mekanisme subsidi silang. – The Edge
Beliau menjelaskan bahawa pada masa ini pemaju hartanah menanggung sebahagian besar beban dalam penyediaan perumahan berharga terkawal, selain perlu menyerap risiko projek. – The Edge
Keadaan ini menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap subsidi silang daripada unit hartanah berharga lebih tinggi. – The Edge
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab