Sale!

Jaringan Gerakan Islam Melayu Raya: Strategi Politik Pendidikan dan Gerakan Rakyat dalam Melawan Kolonialisme Barat

Original price was: RM40.00.Current price is: RM36.00.

Sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu sering disampaikan dalam satu naratif sahaja, iaitu meja rundingan, diplomasi mesra British, dan pemberian kemerdekaan secara aman dan beransur-ansur. Namun begitu, ada satu kisah lain yang jarang diangkat, iaitu perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu yang enggan mengiktiraf dan bekerjasama dengan kuasa penjajah. Gerakan ini tidak terikat pada sempadan negara bangsa yang dilakar kuasa penjajah, dan menyatu dalam semangat yang dikenali sebagai Melayu Raya. Penulisan ini menelusuri bagaimana kesedaran politik orang Melayu di Tanah Melayu tidak tumbuh dalam vakum, tetapi subur dibajai oleh jaringan ulama, pelajar, tokoh nasionalis dan penerbitan yang mengalir bebas antara Tanah Melayu dan Indonesia. Namun begitu, gerakan strategik Melayu Raya ini dianggap sebagai ancaman utama oleh British. Sesiapa yang menolak bekerjasama dengan mereka dilabel “Komunis” dan “Kiri” yang merupakan strategi licik untuk menyingkirkan suara-suara yang paling lantang menuntut kemerdekaan sejati. Penulisan ini berhasrat untuk mencetuskan semula cara fikir mengenai sejarah kemerdekaan negara pada satu neraca anak watan, dan tidak lagi terikat pada naratif yang dikarang oleh kuasa kolonial.

Penulis: Fahmi Bahrudin
Muka Surat: 148
ISBN: 9786299207801

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.