Empat pengilang makanan ternakan utama iaitu Leong Hup Feedmill, Dindings Poultry, FFM Bhd dan Gold Coin Feedmills memohon penangguhan denda RM367 juta yang dikenakan MyCC, sambil berdalih bahawa penalti itu boleh mengganggu rantaian bekalan makanan negara.
Perbicaraan didengar di Mahkamah Tinggi pada 10 Ogos 2026, dengan keputusan dijadualkan pada 29 September 2026. – The Edge Malaysia
Ini adalah pusingan terbaharu dalam perbicaraan undang-undang yang bermula sejak 2022. Rayuan keempat-empat syarikat ini kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) telah ditolak pada Februari lalu, namun mereka kemudiannya memfailkan semakan kehakiman terhadap CAT dan MyCC, dengan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan itu untuk diteruskan. – The Edge Malaysia
Peguam syarikat-syarikat terlibat berhujah bahawa tanpa penangguhan, penalti itu akan membebankan kewangan mereka dan memaksa mereka menaikkan harga dedak, yang berpotensi menyebabkan harga ayam turut meningkat.
Tan Sri Tommy Thomas, mewakili CAT dan MyCC terhadap Gold Coin, FFM dan Dindings, menegaskan denda RM367 juta dikenakan bertujuan memecahkan cengkaman syarikat-syarikat ini ke atas penetapan harga dalam industri penternakan. – The Edge Malaysia
Lebih kukuh lagi, Jason Teoh selaku peguam MyCC terhadap Leong Hup mendedahkan bahawa syarikat itu baru sahaja mengisytiharkan dividen RM150 juta dan berpotensi mengisytiharkan RM150 juta lagi tahun ini sekaligus membuktikan wang ada, hanya menunggu masa untuk dibayar.
MyCC menyatakan bahawa kelima-lima syarikat (termasuk PK Agro) menguasai sekitar 40 peratus pasaran makanan ternakan ayam. Bagaimanapun, peguam Leong Hup mempertikaikan bahagian denda mereka dengan mendakwa syarikat itu hanya memegang 2 peratus syer pasaran tetapi dikenakan denda tertinggi sebanyak RM157.47 juta.- The Edge Malaysia
Disediakan oleh: Knowledge Management Center (KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab