A.S dan Filipina meningkatkan rondaan udara dan laut di Laut China Selatan

MANILA – Filipina dan tentera Amerika mula menjalankan rondaan tentera laut bersama di Laut China Selatan bulan lepas dan akan segera memulakan operasi udara ke atas kawasan itu. Setiausaha Pertahanan Negara Amerika Syarikat, Ashton B. Carter berkata semasa lawatan ke sini pada hari Khamis.

Rondaan tentera laut telah dipersetujui semasa mesyuarat di Washington pada Januari di antara jabatan pertahanan kedua-dua negara. Operasi udara termasuk pesawat dan juruterbang kini menyertai latihan ketenteraan bersama oleh kedua-dua negara di Filipina.

Untitled
Tentera Marin Amerika mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama di Capas, Filipina, pada Khamis. [Francis R. Malasig/European Pressphoto Agency]
Amerika Syarikat akan meletakkan 200 juruterbang dan anak kapal, serta enam pesawat dan tiga helikopter, di bekas Pangkalan Udara Clark, di utara Manila, yang mana kini adalah sebahagian daripada kemudahan Tentera Udara Filipina.

Pesawat adalah termasuk lima Warthog iaitu pesawat serangan darat, tiga helikopter mencari dan menyelamat dan satu pesawat yang sering digunakan untuk membawa pasukan Operasi Khas.

Kontinjen awal udara akan “menjalankan operasi penerbangan di kawasan itu, termasuk Laut China Selatan, dan meletakkan asas bagi rondaan udara bersama untuk melengkapkan rondaan maritim yang berterusan,” kata Encik Carter.

Amerika Syarikat juga akan menubuhkan pusat perintah-dan-kawalan di Filipina untuk menyelaras operasi bersama tersebut, katanya.

Pada bulan Januari, Mahkamah Agung Filipina meluluskan perjanjian kerjasama ketenteraan 10 tahun yang meluas dengan Amerika Syarikat, yang membolehkan ia untuk membina kemudahan ketenteraan dan meletakkan kakitangan, pesawat dan kapal-kapal di pangkalan tentera yang sedia ada di Filipina.

Pada bulan Mac, kedua-dua negara mengenal pasti lima kawasan, termasuk empat kemudahan udara dan pangkalan tentera terbesar di negara Filipina, untuk digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Apabila Encik Carter tiba di Filipina pada Rabu, beliau berkata lebih banyak pangkalan Filipina akan dibuka kepada tentera Amerika di masa akan datang.

Encik Carter berkata pada hari Khamis bahawa rondaan bersama di udara dan laut itu adalah tindak balas kepada kebimbangan Filipina dan negara-negara lain terhadap kehadiran China yang semakin meningkat di rantau ini. China mendakwa sebahagian besar daripada Laut China Selatan adalah wilayahnya dan telah membina pulau buatan di kawasan di mana Filipina dan negara-negara lain telah lama menganggap adalah kepunyaan mereka sendiri.

“Di Laut China Selatan, tindakan China – khususnya – menyebabkan kebimbangan dan meningkatkan ketegangan serantau,” kata Encik Carter semasa lawatan ke Istana presiden Filipina.

“Negara-negara di seluruh Asia Pasifik menyuarakan kebimbangan dengan penambakan tanah China, yang menonjol dari segi saiz dan skop, serta ketenteraan di Laut China Selatan,” katanya.

Oleh: FLOYD WHALEY, APRIL 14, 2016

Penterjemah:

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Doctor of Philosophy (Generic) (Major in Sport Notational Analysis)

Sumber Terjemahan:

www.nytimes.com/2016/04/15/world/asia/south-china-sea-philippines-us-naval-patrols.html?_r=1

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Panama Papers – 5 Pengajaran Penting Yang Anda Mesti Tahu

Next Post

AS mengeluarkan bantahan rasmi ke Rusia atas kejadian Laut Baltic

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content