Amerika Syarikat main peranan ‘utama’ di Asia

BBC

 

The US takes part in an exercise with Philippine soldiers in April – the States says that “nothing” would stop its operations


 

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Ashton Carter manyatakan bahawa AS akan terus memainkan peranan ‘utama’ di Asia pada masa hadapan.

Dalam suatu temu bual ekslusif di Vietnam, Carter memaklumkan kepada BBC akan keupayaan AS untuk memastikan ‘keamananan dan kemakmuran’ (peace and prosperity); iaitu satu-satunya jalan supaya ‘setiap orang mampu bangkit dan menang’. (everyone gets to rise and win)

Beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan di tengah-tengah ketegangan yang berlaku di Laut China Selatan berterusan berikutan pengakuan hak milik pelbagai negara ke atas perairan tersebut.

AS telah menuduh China mahu menggunakan pulau-pulau di Spratly sebagai landasan kapal terbang. Sementara Beijing menafikan kegunaan militari ke atas pulau-pulau tersebut.

Carter turut menjelaskan bahawa AS tidak berniat menukar situasi di Laut China Selatan kepada situasi ketenteraan, tetapi menegaskan ‘tidak ada sesuatu’ yang dapat menghentikan operasi mereka dalam menangani isu tersebut.

Awal bulan ini, China telah mengkritik Washington selepas pesawat pemantau AS dikesan berlegar-legar di ruang udara berhampiran Pulau Spratly.

“Nothing will stop US military operations at all. We will fly, we will sail, we will operate here in the Pacific as we always have.” -Ashton Carter-

Beliau menambah, “Kami tidak merancang menukar situasi ini berbentuk ketenteraan mahupun mengeruhkan lagi keadaan. Kami hanya akan meneruskan apa yang telah kami laksanakan sejak tujuh dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua – dengan menjadi kuasa utama (pivotal role) ketenteraan di kawasan ini, yang sedang kami lakukan dan akan terus lakukan pada masa hadapan.”

AS melaporkan China telah menambah 2,000 ekar di lima kawasan dalam kepulauan Spratly, dan baru-baru ini menempatkan meriam-meriam (artilleries) di kepulauan tersebut yang kemudian telah dialihkan.

Antara isu-isu lain yang turut dibicarakan dan dapat disimpulkan daripada sesi temu bual tersebut termasuklah:

Iraq: “Strategi yang diatur oleh Perdana Menteri Iraq, Haider ala-Abadi masuk akal, namun pelaksanaannya agak mencabar. Beliau ingin membetulkan keadaan dalam negara tersebut; terdiri daripada ahli Sunni, Shiah dan Kurd, yang hampir mustahil untuk membentuk persatuan dalam kalangan mereka. Dari sudut ketenteraan, saya telah mengarahkan pegawai saya memerhatikan apa yang boleh kami bantu untuk meningkatkan kekuatan tentera Iraq. Kami mungkin berupaya mengalahkan ISIL (Islamic State), tetapi untuk memastikan ISIL terus dikalahkan, hanya mereka yang tinggal di Iraq yang mampu memastikan kelangsungan tersebut.”

Ukraine dan kemungkinan ketegangan musim panas: “Kami turut mengawasi aktiviti-aktiviti di Rusia; khususnya aktiviti-aktiviti puak pemisah. Ia adalah kemungkinan yang serius dan berbahaya.”

Perbelanjaan pertahanan United Kingdom (UK): Carter memberitahu, pengurangan perbelanjaan pertahanan UK boleh menyebabkan UK menjadi ‘terpisah’. (disengaged)

Rancangan-rancangan China:
Minggu lepas, China menyatakan hasrat untuk lebih fokus mengembangkan aktiviti ketenteraan ke luar kawasan perairan mereka. Dokumen rancangan pertahanan menggesa armada China untuk mengalihkan fokus mereka daripada ‘offshore waters defence’ semata-mata kepada ‘open seas protection’.

Semenjak beberapa tahun lepas, China memfokuskan usaha-usaha membangunkan armada-armada lautnya. Mereka telah melancarkan sebuah aircraft carrier dan telah memberikan pelaburan yang besar dalam pembelian submarines dan kapal-kapal perang.

Ahad lalu, China membalas kritikan Carter terhadap land reclamation projects yang dianggap ‘tidak bertepatan’ dengan undang-undang antarabangsa.

The Deputy Chief of the General Staff of the Chinese armed forces, Adm Sun Jianguo, said that China’s rights and interests there were “indisputable” but that it was exercising them “with enormous restraint”.

Adm turut menegaskan usaha membangunkan pulau-pulau berkenaan bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk di sekitar kawasan tersebut dan tiada alasan untuk banyak pihak mempersoalkan dan mempermainkan isu di Laut China Selatan.

Dialog Shangri-La : Desakan kuasa-kuasa besar

Pegawai-pegawai atasan daripada SIngapura, UK dan Kesatuan Eropah (EU) memanggil China dan ASEAN untuk melaksanakan suatu ‘code of conduct’ bagi mengatasi permasalahan perairan Laut China Selatan.
AS dan Australia memberitahu mereka akan meneruskan aktiviti pemantauan (yang mereka kira zon navigasi antarabangsa) di Laut China Selatan, meskipun China memprotes kegiatan provokatif tersebut.
China menjelaskan rancangan mereka bagi mewujudkan Zon Pengenalan Pertahanan Udara (Air Defence Identification Zone – ADIZ) yang memerlukan pesawat-pesawat melaporkan penerbangan mereka di ruang udara kawasan perairan yang menjadi pertikaian dunia itu sebagai suatu langkah keselamatan.

Sumber: BBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ancaman Geopolitik di Laut China Selatan

Next Post

FJP: As-Sisi Tangguh Hukuman, Elak Malu di Jerman

Related Posts
Skip to content