Ahli Politik Anti-Islam Berkeras Untuk Mengadakan Pameran Kartun Nabi Muhammad

Geert Wilders, ahli politik Belanda
Geert Wilders, ahli politik Belanda

 

Ahli politik sayap kanan Belanda, Geert Wilders yang turut dikenali dengan sikap anti-Islam telah menerbitkan kartun-kartun Nabi Muhammad di laman YouTube. Pada permulaan video yang berdurasi 2 minit dan 44 saat itu, Wilders berkata, “pengganas-pengganas tersebut tidak akan dapat menghapuskan hak kebebasan bersuara” sambil merujuk kepada serangan bersenjata yang berlaku ketika konferens di Texas pada Mei lalu. Video terbabit kemudian menayangkan gambar yang pernah dipamerkan sewaktu konferens tersebut.

Selain itu, video terbabit turut menjelaskan bahawa kartun tersebut akan ditayangkan di satu slot di sebuah stesen TV awam Belanda, dan akan disiarkan kembali pada 24 Jun dan 3 Julai. Menteri Luar Netherlands telah memberi amaran kepada misi-misi luar yang sedang berjalan di negara-negara Muslim agar berhati-hati terhadap sebarang reaksi yang berkemungkinan akan berlaku selepas penyiaran kartun tersebut.

Pada Mei lalu, Wilders yang terkenal dengan kenyataannya yang berunsur anti-Islam telah menghantar surat kepada parlimen Belanda memohon untuk membuat pameran kartun-kartun Nabi Muhammad di situ.

2 orang suspek telah ditembak mati pada Mei 3 di Texas selepas mereka melepaskan tembakan di luar kawasan konferens, tempat di mana berlangsungnya pameran kartun Nabi Muhammad. Kedua-dua orang penembak telah ditembak mati oleh polis di luar Curtis Culwell Center.

“Kami tetap akan melakukannya walaupun hal sebegini tidak dibenarkan dalam Islam dan walaupun terdapat individu yang bertindak ganas,” tambah Wilders. “Dan kita katakan ini sebagai kebebasan bersuara.”

Sumber: Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tembakan di Gereja: Dunia Kritik Polisi Dalaman Amerika

Next Post

Titik Persamaan di antara Bush ‘Lama’ dan Bush ‘Baru’

Related Posts
Skip to content