Amerika: 80% OKU Dinafikan Hak Ibubapa

Walaupun setelah 25 tahun Kongres Amerika telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya, namun terdapat satu lagi hak asasi yang masih menjadi kontroversi, iaitu hak Orang Kurang Upaya untuk menjadi ibubapa.

Menurut Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, terdapat lebih dari 4 juta ibubapa kurang upaya di negara ini, dan 80 peratus daripada mereka yang mengalami kecacatan intelektual dan perkembangan diambil anak mereka. Malah, 37 buah negeri bertindak menggunakan sebab ketidakupayaan seseorang sebagai sebab munasabah bagi menafikan hak jagaan anak, tanpa sebarang penilaian dibuat bagi menentukan samada kecacatan tersebut akan menjejaskan tugas mereka sebagai ibu bapa atau tidak.

Alice Goltz, salah seorang ibu yang telah dinafikan hak penjagaan anak perempuannya yang kini berusia 8 tahun. Alice, 44 tahun disahkan menghidapi sindrom Fragile X  yang menyebabkan ketidakupayaan kognitif yang ringan. Selain itu, beliau turut menghidapi gangguan Dystonia, yang menyebabkan getaran tangan setiap kali dia tertekan. Namun beliau menafikan kedua-dua sindrom itu menghalangnya untuk menjaga anak.

Setelah 8 tahun terpisah, Alice bertemu dengan anaknya secara tidak sengaja. Hak ibubapanya telah dinafikan walaupun keputusan penilaian menunjukkan keputusan yang sebaliknya.
Setelah 8 tahun terpisah, Alice bertemu dengan anaknya secara tidak sengaja. Hak ibubapanya telah dinafikan walaupun keputusan penilaian menunjukkan keputusan yang sebaliknya.

Pada tahun 2007, Alice telah melahirkan seorang bayi perempuan. Namun sebelum dia dapat meninggalkan hospital, dua orang pegawai dari Jabatan Keluarga dan Kanak-Kanak negeri Vermont mengambil anaknya tanpa persetujuan dengan alasan beliau Orang Kurang Upaya.

Bagi membuktikan Alice layak diberi hak penjagaan anak, mereka telah menugaskan seorang pakar psikologi dan penilai kemahiran ibubapa bagi menilai Alice. Setelah dua penilaian dibuat, Alice disahkan layak untuk menjaga anak beliau, namun keputusan itu dinafikan pihak berkuasa Vermont. Walaubagaimanapun, mereka turut mengakui bahawa kekurangan pekerja sosial bagi menampung keperluan bagi melatih ibubapa yang kurang upaya  menjadi salah satu punca masalah ini.

Lorenz, seorang lagi ibu yang cacat penglihatan turut kehilangan anaknya hanya disebabkan kecacatannya itu. Namun dalam kes Lorenz, Department of Justice telah mengambil keputusan untuk campur tangan dalam mendakwa Jabatan Keluarga dan Kanak-Kanak Massachusetts dalam menafikan hak penjagaan anak wanita ini dan kegagalan mereka dalam memperuntukkan sebarang polisi dan prosedur khas untuk Orang Kurang Upaya.

Akhirnya, ibu ini mendapat semula hak penjagaan anaknya, hanya setelah dua tahun dipisahkan.

Sumber: Al-Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Amerika Syarikat bersedia melancarkan perang terhadap China dan Rusia

Next Post

Erdogan : Pembukaan Konstantipel Kejayaan Besar Turki

Related Posts
Skip to content