BANTU ANAK MUDA KITA UNTUK MENGUBAH NEGARA
“Tinggalkanlah ilmu yang bermanfaat untuk bekalan hari selepas mati kita”
Mungkin sumbangan anda dapat membantu mereka mengubah negara Malaysia tercinta kearah yang lebih baik.
Semoga amal kita menjadi asbab kita ditempatkan di syurga.
.
.
Kami dari IRIS Institute telah menjalankan satu inisiatif sempena bulan Ramadhan ini, iaitu Wakaf Ramadhan Buku IRIS Institute.
Apa Wakaf Buku IRIS Institute?
Buku-buku IRIS Institute diterbitkan atas dasar ingin memberi kesedaran kepada semua pihak supaya membuka minda dalam melihat polemik negara & dunia. Penelitian ini dikukuhkan lagi dengan pemahaman dalil aqli (kajian dsb.) & naqli (Al-Quran & Assunnah).
Kita sentiasa bercita-cita masyarakat dapat membuat penilaian yang matang bermula dari usia yang muda apalagi apabila usul undi 18 tahun telah dibawa ke parlimen negara.
Dalam projek ini kami menyediakan 5 pakej khas khusus untuk projek wakaf buku ini.
5 Pakej tersebut adalah,
Pakej Ikhlas: Jumlah seikhlas hati
Pakej Tun Sri Lanang: RM100
Pakej Raja Ali Haji: RM300
Pakej Hamzah Fansuri: RM500
Pakej Abdullah Munsyi: RM1,000
Melalui pakej-pakej tersebut buku-buku wakaf keluaran IRIS Institute akan dibekalkan ke perpustakaan-perpustakaan di sekolah, kolej dan universiti yang terpilih.
Program wakaf buku Ramadhan ini bermula pada 3 April 2022 hingga 2 Mei 2022.
Marilah bersama-sama kami untuk menjayakan program wakaf buku IRIS Institute sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Moga generasi muda kini dapat akses kepada buku keluaran IRIS yang bermanfaat dalam menambah pengetahuan mereka.
Reviews
There are no reviews yet.