Amerika naiktaraf status pemerdagangan manusia Malaysia kerana TPPA?

Peacekeeping - UNMIT

Menurut Reuters, Amerika Syarikat telah menaiktaraf Malaysia dalam sebuah laporan tahunan Trafficking in Persons (TIP) Pentadbiran AS pada Isnin lalu, dari Tier 3 (Peringkat 3) ke Tier 2 Watch List (Peringkat 2 Senarai Pantauan) walaupun kebanyakan kumpulan hak asasi manusia dan hampir 180 ahli parlimen AS mahu mengekalkan Malaysia dalam senarai pesalah yang gagal menghapuskan aktiviti pemerdagangan tersebut.

Sekali gus ‘melicinkan’ urusan Obama dalam menandatangani perjanjian Trans Pacific Partnership atau TPPA. Selain Malaysia, Cuba, Uzbekistan dan Arab Saudi juga dinaiktraf ke Tier 2 Watch List.

Seramai 160 ahli Parlimen dan 18 Senat AS telah menulis surat kepada Setiausaha Negara AS, John Kerry bagi membantah penaiktrafan ini dan mempersoalkan tindakan itu sama ada dipengaruhi keinginan mengekalkan Malaysia dalam TPPA.

Setiausaha Negara Keselamatan Awam, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia AS, Sarah Sewall pula menolak sebarang tanggapan yang mendakwa pengaruh politik mempengaruhi penaiktrafan tersebut sebaliknya memandang usaha Malaysia membanteras pemerdagangan berdasarkan piawaian yang ditetapkan.

Laporan AS telah menyusun kesemua negara ke pelbagai peringkat mengikut rekod perdagangan : Tier 1 untuk negara yang menepati piawaian minimum AS; Tier 2 untuk negara yang melakukan usaha-usaha besar membanteras pemerdagangan; Tier 2’Watch List’’ untuk negara yang memerlukan perhatian istimewa; dan Tier 3 untuk negara yang gagal memenuhi piawaian minimum AS dan tidak mempunyai usaha-usaha besar bagi membanteras aktiviti tersebut.

Sementara itu, Kerry bakal membuat lawatan ke Malaysia yang merupakan Pengerusi ASEAN pada bulan depan.

 

Thailand Membantah Laporan AS

Thailand pula membantah kedudukannya di Tier 3 yang kekal merekodkan pemerdagangan terburuk di dunia termasuk Iran, Korea Utara dan Zimbabwe serta Selatan Sudan, Burundi, Belize, Belarus dan Comoros yang diturunkan ke kedudukan terendah tersebut.

Hal ini disebabkan kegagalannya membanteras pemerdagangan manusia dan seks serta penghambaan di sekitar sempadannya sekali gus tidak memenuhi piawaian minimum yang digariskan AS.

Meskipun pelbagai usaha besar telah dijalankan Thailand namun tidak mampu mengubah laporan tersebut memandangkan usaha tersebut mula djalankan pada Mac 2015 iaitu tarikh tamat laporan tersebut disiapkan.

Thailand mahu penerbit laporan tersebut menjelaskan sumber data yang diperoleh kepada dunia berserta piawaian yang digariskan dalam analisis laporan mereka dan tidak mahu sebarang agenda tersembunyi.

Sementara itu, laporan tersebut turut disokong kumpulan anti-pemerdagangan dan pelindung hak asasi manusia dan The International Labor Rights Forum. Pengarah Kempen Kumpulan Anti-Pemerdagangan, Abby McGill pula menggelar perubahan yang dilaksanakan Thailand adalah palsu belaka dan mahu pembentukan semula imigresen dan undang-undang buruh pendatang asingnya.

Manakala Human Rights Watch telah menulis kepada John Kerry bahawa tindakan AS bakal membantu Bangkok melaksanakan langkah-langkah penting dan kesanggupannya menguatkuasa mekanisma baru yang ditubuhkan bagi meningkatkan ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban dalam industri makanan lautnya.

Laporan itu memberi klu bahawa faktor utama penyeludupan manusia di Thailand adalah berpunca daripada rasuah, apabila perkataan ‘’rasuah’’ seringkali diulang dalam laporan tersebut.

*Klik 2015 Trafficking in Persons Report untuk laporan asal.

Susunan dan terjemahan : Nurul Fitrah Abdullah
Sumber : AA, WB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Palestin : Penghapusan Etnik di Susiya

Next Post

AKP dan CHP Berunding Untuk Membentuk Kerajaan Campuran

Related Posts
Skip to content