Amerika Syarikat akan tempatkan senjata nuklear di Semenanjung Korea selepas pimpin trend pembinaan kuasa nuklear di Asia Tenggara

Kenyataan bersama antara Presiden A.S., Joe Biden dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada 11 Julai mengesahkan pemeteraian Garis Panduan A.S.-Korea Selatan untuk Pencegahan Nuklear dan Operasi Nuklear di Semenanjung Korea oleh Jabatan Pertahanan A.S. dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan. – (Reuters)

Dalam kenyataan itu, Joe Biden menegaskan sebarang serangan nuklear oleh Korea Utara terhadap Korea Selatan akan disambut dengan tindak balas yang pantas, hebat dan tegas. Bercakap mengenai pemeteraian garis panduan nuklear A.S.-Korea, Timbalan penasihat keselamatan negara kepada Yoon, Kim Tae-hyo berkata ini bermakna senjata nuklear A.S. secara khusus ditugaskan untuk misi di Semenanjung Korea. – (White House, Reuters)

Susulan daripada perjanjian itu, Korea Utara dilaporkan mengancam untuk meningkatkan keupayaan pertempuran nuklearnya sekaligus memastikan A.S. dan Korea Selatan membayar harga hasil daripada perjanjian tersebut. Menurut Kementerian Pertahanan Korea Utara, garis panduan A.S-Korea Selatan mendedahkan niat mereka untuk meningkatkan persiapan bagi perang nuklear menentang Korea Utara. – (SCMP)

Terdahulu, A.S.-Korea Selatan mengumumkan penubuhan Nuclear Consultative Group (NCG) dalam deklarasi Washington pada April 2023 yang berfungsi sebagai bukti kepada komitmen A.S. melindungi sekutunya, Korea Selatan dengan cara menggunakan keupayaan penuh ketenteraannya, termasuk senjata nuklear. Hasil daripada deklarasi itu, Amerika Syarikat telah mengerahkan kapal selam peluru berpandu balistik bersenjata nuklear (SSBN) ke Korea Selatan buat kali pertama sejak 1980-an pada Julai 2023. – (White House, Al-Jazeera)

Disebalik perjanjian senjata nuklear antara Korea Selatan dan A.S. Trend pembinaan kuasa nuklear sebagai alternatif kepada penjanaan tenaga di negara Asia lain kelihatan rancak. Meskipun penggunaan kuasa nuklear dikatakan bagi penghasilan tenaga bersih, risiko ia diubah suai kepada senjata nuklear tetap wujud.

Di Indonesia, dua firma nuklear Amerika Syarikat, NuScale Power dan Thorcon Power merancang untuk membangunkan Reaktor Modular Kecil (SMR) dan loji kuasa nuklear di negara itu menjelang 2032 dan 2030. – (Jakarta Post)

Sementara itu, pada November 2022, Amerika Syarikat dilaporkan menjanjikan sokongan teknikal kepada Thailand untuk membangunkan Reaktor Modular Kecil (SMR) ketika pemerintahan Prayuth Chan-ocha. Kini, Srettha Thavisin, perdana menteri Thailand mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan A.S, Gina Raimondo bagi membincangkan usaha melancarkan kuasa nuklear di negara itu. – (Nikkei Asia)

Selain itu, kerjasama nuklear antara Amerika Syarikat dan Filipina dilihat memasuki fasa baharu. Pada 2 Julai, Perjanjian Kerjasama Nuklear Awam Amerika Syarikat-Filipina, atau Perjanjian 123, mula berkuat kuasa. Perjanjian ini membenarkan eksport bahan api nuklear, reaktor, peralatan, dan bahan nuklear khas dari AS ke Filipina. Menurut Kaunselor komersial Kedutaan Amerika Syarikat, Paul Taylor, Kira-kira 40 syarikat A.S. dijangka mengambil bahagian dalam pembangunan tenaga nuklear Filipina. – (Philippine News Agency, US Department of State)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pendaftaran Pelajar Bumiputera ke Sekolah Antarabangsa meningkat hampir 50%, namun pendaftaran bukan bumiputera ke Sekolah Kebangsaan Menurun

Next Post

Hutang matang dan defisit sebab utama hutang dalam negeri kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content