Amerika Syarikat belanja USD17.9 bilion untuk bantuan ketenteraan kepada Israel sejak 7 Oktober 2023, syarikat senjata AS raih keuntungan

Dalam tempoh setahun perang Taufan Al-Aqsa, bantuan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel mencapai tahap tertinggi, dengan majoriti transaksi memberi manfaat kepada firma persenjataan AS.

Laporan Brown University menyatakan bahawa Amerika Syarikat membelanjakan sekurang-kurangnya USD22.76 bilion untuk operasi ketenteraan di Timur Tengah, dengan USD17.9 bilion daripada jumlah tersebut sebagai bantuan ketenteraan kepada Israel, dan baki USD4.86 bilion digunakan untuk memerangi Houthi di Laut Merah. – Brown University

Pada 2013, Presiden Obama memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berjumlah USD38 bilion untuk bantuan keselamatan bagi tempoh 2019-2028, menggantikan MoU terdahulu yang tamat pada penghujung tahun fiskal 2018. MoU ini membolehkan Israel memperoleh USD3.3 billion setiap tahun. – Reuters

Melalui perjanjian keselamatan dan bantuan ketenteraan antara AS dan Israel, beberapa firma persenjataan utama Amerika Syarikat meraih keuntungan. Brown University menyebut Boeing, General Dynamics, Lockheed Martin, Northrop Grumman, RTX (dahulunya Raytheon), serta Caterpillar sebagai antara pengeluar utama yang membekalkan senjata kepada Israel. – Brown University

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

7 Oktober: Taufan Al Aqsa dan Naratif Kemenangan

Next Post

Tentera Laut China lawat sekolah persendirian cina, promosi kebudayaan dan semangat patriotik China

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content