Amerika Syarikat dan Israel Gerakkan Kumpulan Pemisah Kurdish untuk Gugat Rejim Iran dari Dalam

Israel dan Amerika Syarikat telah melancarkan operasi bagi menggugat kerajaan Iran dari dalam dengan menggerakkan kumpulan Kurdish yang berpangkalan di Iraq dan Iran, seterusnya menyemarakkan kebangkitan rakyat yang lebih luas.

Strategi ini digerakkan melalui penyelarasan strategik peringkat tinggi yang melibatkan kepimpinan politik, perisikan dan kumpulan pembangkang Kurdish.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan memainkan peranan utama dengan menggesa perubahan rejim di Iran serta membentangkan pelan melibatkan kumpulan Kurdish kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dalam pertemuan di White House. – Axios

Pada masa sama, CIA dilaporkan telah mula membekalkan senjata kepada kumpulan Kurdish Iran beberapa bulan sebelum konflik semasa tercetus. – CNA

Trump turut mengadakan komunikasi secara langsung dengan pemimpin Kurdish Iraq, termasuk Masoud Barzani, Bafel Talabani dan pemimpin Parti Demokratik Kurdistan Iran (KDPI), Mustafa Hijri, bagi menjelaskan objektif Washington. – CNA, Axios

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa kumpulan pembangkang Kurdish di Iraq turut membentuk gabungan yang dikenali sebagai Coalition of Political Forces of Iranian Kurdistan dengan matlamat menentang kerajaan Tehran. – Axios

Penglibatan kumpulan Kurdish bukan sekadar untuk mencetuskan pertempuran di kawasan sempadan, sebaliknya merupakan langkah taktikal bagi membuka ruang kepada kebangkitan awam di Iran.

Langkah taktikal ini dikatakan bagi mengalih perhatian pasukan keselamatan Iran terhadap kumpulan Kurdish, seterusnya memberi peluang kepada rusuhan awam untuk terus memuncak. – CNA

Pegawai Amerika Syarikat turut berpandangan bahawa penglibatan pasukan Kurdish boleh membantu mewujudkan ketidakstabilan di rantau itu serta memaksa sumber ketenteraan Iran digunakan secara berlebihan. – CNA

Dalam perbincangan strategik itu, turut timbul cadangan agar pasukan Kurdish menguasai wilayah di utara Iran bagi mewujudkan buffer zone, yang boleh memberi kelebihan kepada Israel. – CNA

Sementara Amerika Syarikat melihat penglibatan pasukan Kurdish sebagai “pemangkin” untuk perubahan rejim, rancangan ini menghadapi tentangan diplomatik yang ketara dan meletakkan sekutu serantau dalam kedudukan yang berisiko tinggi. – CNA

Pada hari Rabu, penasihat keselamatan kebangsaan Iraq, Qasim al‑Araji, berkata dalam satu kenyataan bahawa Iraq tidak akan membenarkan mana‑mana kumpulan “menyusup atau melintasi sempadan Iran untuk melakukan tindakan pengganas dari wilayah Iraq.” – CNA

“Kementerian Dalam Negeri Wilayah Kurdistan telah menghantar pasukan keselamatan Peshmerga sebagai bantuan ke garis sempadan dengan Iran,” tambahnya. – CNA

Pemimpin Kurdish Iraq mendapati diri mereka berada dalam kedudukan yang “sangat berbahaya.”

“Ia sangat berbahaya, tetapi apa yang boleh kami lakukan? Kami tidak mampu menentang Amerika,” kata seorang pegawai kanan Kerajaan Wilayah Kurdistan. “Kami sangat bimbang.” – CNA

Terdahulu, IRGC dilaporkan telah pun mula mensasarkan kedudukan kumpulan Kurdish dengan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu.

Pada 1 Mac, kumpulan pembangkang Kurdish Iran berkata mereka telah menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu di Wilayah Kurdistan di utara Iraq. – FDD

Serangan‑serangan itu berlaku selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari. – FDD

Rakyat Kurdish merupakan kumpulan etnik minoriti yang tidak mempunyai negara rasmi.

Hari ini, dianggarkan terdapat antara 25 hingga 30 juta orang Kurdish, dengan majoriti tinggal di kawasan yang merangkumi bahagian Turki, Iraq, Iran, Syria dan Armenia. – CNA

Rakyat Kurdish mentadbir wilayah autonomi di utara Iraq, yang wujud hasil daripada kemasukan tentera Amerika Syarikat pada 2003 yang menjatuhkan Saddam Hussein. – Axios

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Perkukuh Peranan dalam Landskap Keselamatan Asia Tenggara

Next Post

MITI SahkanART Terbatal: Trump Cari Alasan Lain Tingkatkan Tarif dan Kawalan Ekonomi Ke atas Malaysia

Related Posts

RADAR EDISI 93

[membership level=”1″] RADAR EDISI 9311 Nov 2019 -DALAM NEGARA- Politik 1. SUPP, bekas Parti Komunis Kalimantan seru kerajaan…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000