BAITULMAQDIS, 17 Syaaban 1439H, Khamis – Angkatan Tentera Israel (IOF), selama empat hari berturut-turut telah menceroboh tanah perkuburan Islam Bab Al-Rahma berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.
Agensi WAFA melaporkan, tentera rejim pengganas itu malah turut menggali kubur rakyat Palestin.
IOF terus-menerus menggali kubur dan menempatkan pagar logam di bahagian tanah itu.
Malah, mereka juga menyerang sekumpulan rakyat Palestin yang berjaya mengakses tanah perkuburan itu dan berusaha untuk mencegah berlakunya pencerobohan tanah perkuburan oleh IOF.
Sebilangan mereka tercedera selepas diserang secara fizikal oleh tentera Israel sebagai yang terakhir terus memusnahkan tanah perkuburan Islam purba itu.
Israel dilaporkan telah menceroboh tanah perkuburan sejak bertahun-tahun untuk membina ‘Taman Negara’ bagi warga Yahudi di tanah tersebut. – Agensi