Azalina lawat UK kaji model pemisahan peranan AG dan Pendakwa Raya, 19 undang-undang serta perlembagaan persekutuan bakal dipinda

Kira-kira 19 undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan dijangka dipinda susulan lawatan kerajaan dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ke United Kingdom bagi meneruskan kajian pemisahan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) dalam institusi perundangan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kajian ini bertujuan meneroka amalan terbaik dalam sistem perundangan UK bagi mengenal pasti model yang paling sesuai untuk Malaysia. – NST

Terdahulu, pada Ogos 2023, kerajaan telah mengumumkan akan menjalankan kajian empirikal secara menyeluruh dalam tempoh setahun sebelum memuktamadkan cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya. – NST

“Untuk merealisasikan pemisahan kuasa ini, kira-kira 19 undang-undang sedia ada serta Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda,” katanya. – NST

Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, kata pengamal undang-undang Amer Hamzah Arshad.

Beliau menjelaskan bahawa ketika ini, Peguam Negara berperanan sebagai penasihat undang-undang kerajaan serta mempunyai kuasa penuh untuk mendakwa kes jenayah, termasuk terhadap ahli Kabinet atau bekas menteri, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 145(2) dan 145(3). – Berita Harian

Lawatan ke United Kingdom ini merupakan yang ketiga selepas delegasi kerajaan ke Kanada pada Mei dan Australia pada Jun tahun lalu bagi mengumpul data serta membandingkan model perundangan di negara-negara tersebut. – Malay Mail

Delegasi turut disertai wakil daripada pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) on Integrity, Governance, and Anti-Corruption (IGARI), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Bersih, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Centre), Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Transparency International Malaysia, serta Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama). – NST

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Eropah, OIC sokong pelan negara Arab kecualikan Hamas dalam pentadbiran baharu Gaza

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.