Bigpay raih dana sehingga US$100 juta, sasar jadi bank pencabar digital terkemuka

KUALA LUMPUR- BigPay, unit e-dompet AirAsia Group berjaya memperoleh dana sehingga US$100 juta daripada konglomerat Korea Selatan, SK Group bagi mencapai misi sebagai antara bank pencabar digital terkemuka di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama BigPay Salim Dhanani berkata pendanaan itu juga membolehkan syarikat itu mengembangkan tawaran, produk dan skala perniagaannya.

“Di Malaysia, kami dikenali sebagai salah satu penyedia perkhidmatan perbankan digital terkemuka dan mahu memperluas rangkaian produk serta mengembangkannya ke pasaran baharu.

“Sebelum melancarkan perkhidmatan ke negara Thailand dan seterusnya ke pasaran ASEAN, kami akan melancarkan beberapa produk utama seperti pinjaman peribadi digital sepenuhnya, transaksi pinjaman dan tawaran untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ini merupakan pertama kali bagi syarikat di bawah portfolio AirAsia Digital memperoleh dana dalam jumlah sebesar itu.

Pendanaan oleh salah satu konglomerat dan syarikat teknologi terbesar Korea Selatan itu juga dapat memperkukuh usaha digital AirAsia yang kian pesat membangunkan perniagaan, termasuk perkhidmatan logistik dan kewangan.

Sementara itu, Ketua Wakil SK Malaysia Jung Kyu Kim berkata SK Group dapat memberi sumbangan besar kepada BigPay dari segi teknikal dan perkhidmatan pengguna berdasarkan pengalaman dan sumber syarikat itu.

Antara produk BigPay adalah kemudahan kad debit prabayar yang boleh digunakan di mana-mana premis menerima Visa atau Mastercard, pemindahan wang tempatan dan antarabangsa, insurans mikro, pembayaran bil dan mekanisme perancangan kewangan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Straits dapat kelulusan bangunkan hab STS terbesar Asia di Labuan

Next Post

Britain bekalkan 100 Juta vaksin COVID-19 untuk negara Komanwel, Asia

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content