Boko Haram Terus Mengganas, Kuasai Lebuhraya

Sumber: IB Times
Sumber: IB Times

LAGOS, Nigeria – Kumpulan militan, yang disyaki, Boko Haram telah merampas dan menguasai sebuah lebuhraya utama di negeri Borni di utara Nigeria pada Sabtu lalu setelah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang di dalam serangan di sebuah bandar berhampiran pada malam Jumaat yang lepas, seperti yang dilaporkan oleh seorang ketua tempatan.

Laporan oleh Bukar Mahdi, seorang ketua di bandar tersebut, kepada Anadolu Agency melalui telefon menyatakan kumpulan militan berkenaan telah menceroboh Ngamdu, sebuah komuniti kecil di lebuhraya utama, lebih kurang 100 kilometer menuju ke daerah utama Maiduguri di timur laut Negeri Borno, pada Jumaat lalu selepas solat isya. Kumpulan militan terbabit kembali ke kawasan yang sama pada hari Sabtu untuk menguasai satu-satunya jalan perhubungan di situ.

Tambah beliau, mereka yang bermotosikal, menembak secara rawak ke arah masjid di mana orang Islam sedang menunaikan solat. Mereka meneruskan tembakan meskipun orang ramai mula bertempiaran menyelamatkan diri, dan sepuluh orang terbunuh sementara empat orang cedera parah akibat serangan berkenaan.

Abba Tijjani, salah seorang mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ke Maiduguri, tempat asal usul Boko Haram, memberitahu, ahli kumpulan militan itu telah membakar beberapa buah rumah selepas merompak barangan daripada rumah-rumah di sana. Tijjani yang kehilangan bapa saudaranya, yang terbunuh berikutan serangan kali ini menambah, mereka baru selesai menunaikan solat lebih kurang jam 9 malam waktu tempatan dan bersurai pulang ke rumah masing-masing ketika serangan dilancarkan. Jenazah penduduk yang terkorban akan disemadikan pada hari Sabtu.

Laporan daripada sebuah sumber tentera mengesahkan rampasan lebuhraya di kawasan berkenaan pada hari Sabtu. Semua kenderaan diarahkan berpatah balik dari Lebuhraya Maiduguri-Damaturu yang menghala ke [timur laut] Yobe kerana kumpulan militan Boko Haram telah merampas dan mengawal laluan berkenaan. Sumber berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa pasukan tentera tempatan telah mengusir kumpulan militan berkenaan daripada lebuhraya tersebut.

Boko Haram telah membunuh hampir 100 orang awam kebanyakannya pengguna lebuhraya yang sama pada pertengahan Jun 2013 di dalam sebuah serangan yang mencetuskan kemarahan negara. Kumpulan militan itu dilihat semakin meningkatkan serangan-serangan di negeri-negeri di utara Nigeria meskipun presiden baharu negara itu, Mohammadu Buhari menjanjikan penghapusan kebangkitan mereka di sana.

 

Diterjemah oleh: Nureen Adnan

Sumber: Anadolu Agency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Suatu Analisa: Fahami Mengapa China Menzalimi Muslim Uighur

Next Post

Larang Berniqab Selepas Serangan Pengganas Boko Haram

Related Posts
Skip to content