Nota diplomatik China kepada Kedutaan Besar Malaysia di China minggu lalu yang menggesa Malaysia menghentikan semua aktiviti berkaitan minyak dan gas berhampiran terumbu karang Luconia Shoals datang selepas Petronas mengumumkan pengeluaran gas pertama di Kasawari yang terletak di Blok SK316 dan Jerun, Blok SK 408 pada bulan Julai dan Ogos.
Nota tersebut menyatakan bantahan terhadap operasi minyak dan gas Malaysia di Blok SK318 Timi, Blok SK316 Kasawari, Blok SK 408 Jerun, Blok SK315 Kayu Manis South East, E11, F13, Bokor, dan Gumusut-Kakap yang didakwa melanggar hak kedaulatan China dan undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS). Menurut nota itu lagi, China menegaskan jalan penyelesaian bagi konflik itu adalah dengan melakukan pembangunan minyak dan gas bersama. – Inquirer
Wisma Putra hari ini mengesahkan kewujudan nota diplomatik tersebut selepas ia didedahkan oleh portal berita Filipina semalam. Sebagai respon, Malaysia memaklumkan akan melancarkan siasatan dalaman dan membuat laporan polis bagi menyiasat kemungkinan wujud pengintip di dalam agensi itu. – Malay Mail
Antara platform-platform minyak dan gas Malaysia di luar pesisir Sarawak, Kasawari dan Jerun yang terbaharu menunjukkan perkembangan positif apabila kedua-dua platform tersebut berjaya memulakan pengeluaran gas pertama masing-masing pada Julai dan Ogos tahun ini. – Malaysia Gazette, Shell
Pada Jun 2021, 16 pesawat tentera China dilaporkan mendekati dalam 60 batu nautika Sarawak “terbang dalam formasi taktikal” sebagai tekanan kepada kerja pembinaan di Kasawari. Sementara itu, Kapal CCG didakwa kerap beroperasi di sekitar Luconia Shoals berdekatan operasi tenaga luar pesisir Malaysia dan kekal di sana selama berbulan-bulan. – AMTI
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab