DAP, MCA, MIC bangkang garis panduan bagi Muslim oleh Jakim, gesa semak semula dan berunding dengan kaum lain

DAP, MCA, dan MIC menggesa kerajaan menyemak semula garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan berkata, ia antara lain akan memberi kesan kepada wakil rakyat beragama Islam yang diundang ke majlis di rumah ibadat bukan Islam. – MalaysiaGazette

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, menggesa kerajaan untuk membezakan antara upacara kebudayaan dan keagamaan, sambil menekankan bahawa ramai pihak masih keliru dalam hal ini.

“Ramai orang bukan Cina nampaknya masih menganggap perayaan tertentu sebagai acara keagamaan, sedangkan ia sebenarnya bersifat kebudayaan,” katanya. – MalaysiaKini

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, campur tangan dalam perkara ini dan berunding dengan kaum lain sebelum membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada semua pihak. – MalaysiaGazette

“Pindaan ini berpotensi menjadi liabiliti kepada kerajaan kerana ia boleh mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Kerajaan Perpaduan,” katanya. – MalaysiaGazette

Pada 5 Februari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengumumkan bahawa garis panduan tersebut akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-126. – Malay Mail

Garis panduan itu antara lain menetapkan bahawa: – Malay Mail

– Ucapan atau nyanyian tidak boleh mengandungi unsur propaganda, penyebaran bahan, atau promosi agama lain;

– Tiada persembahan atau ucapan yang menghina atau memperlekehkan kepercayaan umat Islam;

– Acara tidak boleh diadakan pada waktu umat Islam menunaikan ibadah, seperti ketika azan, solat berjemaah, khutbah, atau solat Jumaat;

– Lokasi acara tidak boleh berdekatan dengan masjid, surau, tanah perkuburan Islam, atau tanah wakaf;

– Premis yang digunakan tidak boleh memaparkan simbol atau atribut agama selain Islam.

Mohd Na’im turut menjelaskan bahawa penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan serta mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa agama Islam sekiranya jemputan melibatkan pemimpin atau individu Muslim sebelum mengadakan sebarang acara perayaan. – Malay Mail

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada respon rasmi daripada China, Malaysia pertimbang jemput AS dan EU untuk sidang kemuncak ASEAN+GCC

Next Post

Kerajaan akan lancar pelan hala tuju gas asli, rancang pecahkan monopoli petronas dan gas malaysia berhad

Related Posts

RADAR EDISI 88

[membership level=”1″] RADAR EDISI 8828 Okt 2019 -DALAM NEGARA- Ekonomi 1. Malaysia bergantung kepada makanan luar, bil Import…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content