Gangguan Selat Hurmuz Dijangka Lonjak Kos Makanan Malaysia Melalui Rantaian Baja dan Tenaga- IRIS Institute

Bekalan makanan Malaysia yang sangat bergantung kepada import menjadikan Malaysia sangat tidak selamat apabila berlaku krisis dan konflik seperti perang Israel-AS dengan Iran yang menyebabkan laluan utama perdagangan global iaitu Selat Hurmuz ditutup.

Selain kenaikan kos harga minyak dan gas yang diperlukan dalam sektor pengeluaran makanan, bekalan baja juga turut terkesan akibat ketegangan geopolitik di rantau itu.

Menurut Fazleen Abdul Fatah, peningkatan harga tenaga selari dengan baja, yang mana kos baja dalam proses pengeluaran makanan mempunyai komposisi sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Malah menurut beliau lagi, kesan utama bukanlah kekurangan bekalan secara mendadak, sebaliknya peningkatan harga makanan, memandangkan negara masih bergantung kepada import bagi pelbagai komoditi asas.

Malaysia mengimport hampir 50% beras daripada luar negara seperti Vietnam dan India. Manakala semua jenis bawang juga diimport 100%. Bagi bekalan daging pula, sama ada daripada lembu, kambing dan biri-biri, masing-masing diimport hampir 90%.

Walaupun Timur Tengah bukan lokasi utama Malaysia mengimport sumber makanan, tetapi wilayah itu menyumbang 45% daripada bekalan baja global untuk keperluan pertanian. Negara-negara yang terlibat adalah Iran, Saudi Arabia, Qatar, Oman, and the UAE.

Ini bermakna, negara-negara pertanian seperti India, Vietnam, Pakistan, Thailand, Australia dan lain-lain yang bergantung kepada baja Timur Tengah akan terjejas.

Malaysia pula bergantung kepada import makanan daripada negara terjejas tersebut terutama beras dari Vietnam dan bawang dari India.

Selain bahan makanan, kebanyakan input pertanian Malaysia juga diimport seperti benih, baja kimia dan racun perosak, serta bahan makanan ternakan.

*gambar ini dijana oleh AI

Sumber: RTM, DOSM, The Conversation, Green Gubre Group, Code Blue

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dari Hormuz ke Bab el-Mandeb: Houthi Ancam Tutup Bab el-Mandeb, Laluan Dagang Malaysia Terancam

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000