Negeri Sembilan Lulus Sop Perlombongan Ree, Kekalkan Malaysia Sekadar Penerima Royalti Daripada Syarikat China

Menurut menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Negeri Sembilan dianggarkan mempunyai sumber unsur nadir bumi (REE) dengan anggaran nilai RM30 bilion. Setakat ini, sumber REE di Negeri Sembilan tertumpu di daerah Jelebu dan Kuala Pilah. Selain itu, Pembangunan NR-REE bakal dilaksanakan dalam bentuk usaha sama diantara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) Negeri Sembilan dan syarikat swasta. (MKN)

Bagi perlaksanaan projek ini, MBI menjadikan China sebagai rujukan dan lebih mengutamakan kontraktor daripada China untuk melakukan kerja-kerja eksplorasi. Hal ini terbukti apabila Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Teo Kok Seong (Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan) bakal mengadakan lawatan ke China pada bulan ini bagi tujuan pembangunan NR-REE di Negeri Sembilan. (TheStar)

Melihat kepada trend pembangunan sumber unsur nadir bumi (REE) di Malaysia, Negeri Sembilan dijangka bakal mengikut jejak langkah Perak yang mengizinkan sumber nadir bumi dieksport oleh syarikat China ke negara China dan kemudian hanya menerima 12% kadar royalti hasil daripada penjualan NR-REE tersebut.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**Rumusan Berita IRIS atau News Brief adalah produk rumusan berita mingguan IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Rumusan ini dipilih berdasarkan pantauan berita IRIS (RADAR) yang dipantau sepanjang minggu tersebut dan dibuat penjelasan lebih terperinci untuk kefahaman pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lebih 500 Ribu Buruh Asing ‘Menganggur’ dan Berkeliaran dalam Koloni Pekerja Asing, Risiko Kepada Peningkatan Beban Sosial dan Masalah Keselamatan Negara

Next Post

Indonesia Berhasrat untuk Selesaikan Tiga Lagi Segmen Sempadan Darat dengan Malaysia di Kalimantan-Sabah, Melibatkan Pulau Sebatik, Sinapad-Sesai, dan West Pillar-AA2

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content