Industri lebih utamakan profesional asing, profesional tempatan terpaksa berhijrah ke luar negara

Seramai 1.86 juta rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk perubatan dan teknikal dijangka berhijrah ke luar negara, manakala industri Malaysia menerima kemasukan profesional asing seiring dengan kemasukan pelaburan asing. (Utusan Malaysia, Dagang News)

Setakat tahun 2022, populasi diaspora Malaysia di empat negara tersebut dianggarkan seramai 281,429 orang iaitu Australia (138,363 orang), Amerika Syarikat (79,827 orang), United Kingdom (37,549 orang) dan Kanada (25,690 orang). (Utusan Malaysia)

Pada masa yang sama, industri di Malaysia menerima peningkatan kemasukan profesional asing  yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk melepasi paras sebelum pandemik iaitu sebanyak 154 155 pas ekspatriat dikeluarkan tahun lalu, jumlah tertinggi sejak 2018. ( Dagang News)

Hal ini disebabkan, jurang kemahiran yang wujud menjadikan syarikat asing hanya melibatkan syarikat tempatan terlibat dalam servis sokongan berbanding kerja berkemahiran tinggi seperti yang berlaku dalam projek Pelabuhan Kuantan (MCKIP).  (IDEAS)

Menurut Presiden Kesatuan Majikan Malaysia , Syed Hussain Syed Husman, masalah ini disebabkan sektor pendidikan Malaysia yang tidak mampu menyediakan graduan mengikut keperluan industri teknologi baharu seperti aeroangkasa, pemprosesan makanan dan pembinaan. Justeru terdapat jurang kemahiran dalam kalangan tenaga kerja tempatan yang menyebabkan majikan lebih cenderung memilih ekspatriat. ( Dagang News)

Oleh itu, peningkatan golongan ekspatriat turut menggambarkan kemasukan pelaburan asing yang lebih memandang tinggi kemahiran mereka sendiri berbanding kemahiran tempatan.  Profesor Ekonomi Universty Sunway Dr Yeah Kim Leng turut menyatakan pendapat yang sama iaitu peningkatan jumlah ekspatriat turut mencerminkan peningkatan pelaburan asing dalam negara akan memberi impak positif terhadap ekonomi terutamanya dalam pasaran harta tinggi, automotif dan lain-lain. ( Dagang News)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Masukkan Tenaga Nuklear Dalam RMK-13, dijangka guna khidmat AS seperti negara ASEAN lain

Next Post

Dua akta maritim baharu Filipina langgar sempadan negara, perkukuh tuntutannya terhadap perairan Sabah

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content