Iran sumbang 450 buah buku kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), buku berunsur Syiah turut tersenarai

Sebanyak 450 buah buku sumbangan Iran, termasuk yang berunsur Syiah, telah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Februari lalu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45 Kemenangan Revolusi Islam Iran.

Menurut portal AhlulBayt News Agency, penyerahan tersebut dilakukan oleh Dr. Habib Reza Arzani, Kaunselor Kebudayaan Republik Islam Iran di Malaysia, semasa lawatannya ke Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur. – AhlulBayt News Agency

Antara buku-buku yang tersenarai adalah Golestan oleh Saadi dengan terjemahan bahasa Inggeris, Surat Imam Ali kepada Malik Asytar dalam bahasa Melayu, “Man and His Destiny” oleh Murtaza Mutahhari, dan ensiklopedia tiga jilid termasuk (tafsiran Al-Quran, hadis dan sejarawan dunia Islam). – AhlulBayt News Agency

Murtaza Mutahhari merupakan salah seorang tokoh ulama Syiah terkemuka di Iran. Beliau melanjutkan pengajian selama 15 tahun di Qom Seminary, pusat pendidikan Syiah yang terkenal, di bawah bimbingan Ruhollah Khomeini, bekas Pemimpin Tertinggi Iran. Selain itu, Mutahhari juga pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Perlembagaan Republik Islam Iran dan merupakan ahli Majlis Revolusi. – Al-Islam, IranChamber

Berdasarkan semakan katalog atas talian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), terdapat 19 buku hasil karya Mutahhari yang boleh didapati di perpustakaan tersebut. Selain itu, sekitar 700 judul buku dari Iran juga dilaporkan berada dalam koleksi perpustakaan ini. – PNM, AhlulBayt News Agency

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertemuan Dong Zong dan Fadhlina bincang isu penyelarasan kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Next Post

Peningkatan RM1.4 bilion bajet pertahanan belum mencukupi untuk hadapi risiko ancaman di perairan dan penuaan aset

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content