Israel Mencabul Undang-undang Kebangsaan dan Parlimen Antarabangsa EU

Gambar menunjukkan Dr Aziz Dweik, Ketua Parlimen Palestin.
Gambar menunjukkan Dr Aziz Dweik, Ketua Parlimen Palestin.

 

Palestin, 28 Mei 2015 – Ketua Majlis Kebangsaan Palestin, Salim Al-Za’noun telah mengutuk Israel Laknatullah sekeras-kerasnya apabila Ketua Parlimen Palestin, Dr Aziz Dweik telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda sebanyak $1,500.

Rabu lalu, agensi berita Safar melaporkan keputusan Israel Laknatullah itu tidak sah dan terang-terangan mencabul undang-undang kebangsaan dan Parlimen Antarabangsa EU.

Al-Za’noun menyeru semua kumpulam parlimen dan agensi EU serta seluruh dunia untuk memberi tekanan ke atas Israel Laknatullah agar melepaskan Dweik.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyeru Israel Laknatullah untuk melepaskan 12 orang Ahli Parlimen Palestin yang lain termasuk Marwan Al-Barghouti, Ahmed Sa’adat dan Khalida Jarrar di mana sehingga kini masih ditahan di penjara Israel. Kebanyakan mereka merupakan anggota Hamas.

 

Sumber: www.middleeastmonitor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bank Dunia: Israel, Mesir Punca Krisis Fiskal di Gaza

Next Post

‘Umbrella’ Hong Kong Buatan Amerika

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content