Israel Merobohkan 15 Buah Rumah Palestin di Ramallah, Tebing Barat

4840c794-fc3c-4a9a-adf7-69e106e9fd07

Menurut laporan tempatan dan saksi, tentera Israel telah memusnahkan 15 buah rumah warga Palestin di perkampungan Jab’a pada Isnin lalu dengan menggunakan dua buah jentolak.

Penduduk tempatan berkata bangunan berdekatan turut rosak.

Berdasarkan laporan tersebut, tentera Israel secara tidak sah telah merobohkan  40 struktur binaan di kawasan komuniti Badwi Palestin di Tebing Barat antara 17 hingga 18 Ogos, yang menyebabkan hampir 130 orang termasuk 80 kanak-kanak tiada tempat tinggal.

Peningkatan pemusnahan kediaman dan bangunan Palestin oleh Israel adalah berikutan Konvensyen Geneva Keempat yang melarang daripada memusnahkan harta peribadi dan memindahkan penduduk secara paksa.

c2c1273e-7820-4d22-a828-d534d024c01c

Sejak awal 2011, pemusnahan Tel Aviv ke atas kediaman rakyat Palestin telah menyebabkan lebih daripada 4,600 orang kehilangan tempat berteduh.

Polisi pembinasaan Tel Aviv berjalan seiring dengan sekatan ketat rejim terhadap pembinaan Palestin.

Beratus-ratus ribu rakyat Israel kini tinggal di lebih 120 penempatan haram yang dibina sejak penjajahan Tel Aviv ke atas wilayah Palestin pada tahun 1967. Penempatan tersebut dianggap haram oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

 

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Membantah Bendera Palestin di Ibu Pejabat PBB

Next Post

Konflik Laut China Selatan: Bukti Sejarah Melayu Champa Kuasai Perairan

Related Posts
Skip to content