John Kerry Datang Ke Malaysia Bermotifkan TPPA?

Kuala+Lumpur+Hosts+Global+Entrepreneurship+va7OwrWHeadl

Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry akan mendesak Malaysia untuk melipat gandakan usaha memerangi jenayah pemerdagangan manusia sepanjang lawatan beliau akan datang untuk berbincang mengenai keselamatan rantau ini, kata pegawai senior Jabatan Negara AS Jumaat lepas.

Lawatan Kerry yang bermula Rabu ini, dijalankan seminggu selepas kerajaan AS mendapat kritikan atas tindakan mereka yang menaiktaraf status Malaysia dalam laporan pemerdagangan manusia. Penggubal undang-undang Amerika Syarikat dan aktivis hak asasi manusia bertegas mengatakan keputusan yang dibuat oleh AS adalah bertujuan untuk melancarkan perjanjian perdagangan yang berlaku antara 12 negara Pasifik, termasuk Malaysia.

Pegawai AS turut memberi kenyataan bahawa Malaysia harus melakukan tindakan dengan lebih lagi, memberatkan hukuman dan memenuhi piawaian yang telah digariskan oleh mereka.

Sepertimana negara jiran Thailand, Malaysia berdepan dengan kecaman antarabangsa berkenaan isu jutaan pelarian dari negara miskin dan pemerdagangan Muslim Rohingya dari Myammar dan Bangladesh melalui pengangkutan bot yang sesak dengan pelarian. Malah, berpuluh buah kubur dan kandang digunakan untuk mengurung pelarian Rohingya dijumpai terbiar dalam hutan berdekatan sempadan Thai-Malaysia.

Kerry akan melawat Malaysia untuk perjumpaan keselamatan rantau tahunan antara 10 ahli ASEAN dan rakan kongsi antarabangsanya. Perjumpaan berkenaan dijangka akan tertumpu pada usaha pembinaan pulau oleh China dalam isu perebutan Laut China Selatan yang telah mengakibatkan ketegangan berlaku antara China dan negara jiran yang lain, di samping menegangkan hubungan antara Washington dan Beijing.

Kerry akan turut membuat lawatan ke Singapura dan Vietnam.

Pegawai AS juga berkata bahawa lawatan Kerry ke Malaysia tidak akan menyentuh tentang isu dalaman negara berkenaan skandal politik Perdana Menteri Najib Razak, yang berhadapan dengan dakwaan bahawa beliau menerima dana ke dalam akaun peribadi beliau sebanyak 700 juta dolar.

Najib kini telah menerima kritikan atas tindakannya memecat Peguam Negara yang telah melakukan siasatan ke atas beliau, di samping melakukan rombakan kabinet.

Terjemahan: Nur Hanis

Sumber: PBS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Arab Saudi dan Mesir Tandatangan ‘Deklarasi Kaherah’

Next Post

Analisis Motif di Sebalik Perjanjian Program Nuklear Iran

Related Posts
Skip to content