Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang bertujuan untuk memudahkan pembangunan semula bandar oleh pemaju mendapat persetujuan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada Selasa untuk menurunkan kadar ambang persetujuan penduduk bagi pembangunan tapak-tapak terpilih.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk mewujudkan ambang persetujuan 80 peratus kepada bangunan yang berusia kurang dari 30 tahun dan 75 peratus kepada bangunan yang berusia lebih dari 30 tahun. Manakala, bagi bangunan yang tidak lagi selamat untuk didiami serta bangunan yang terbengkalai, KPKT bercadang untuk mewujudkan ambang persetujuan 51 peratus sahaja. – Sinar Harian
PSB akan mengubah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] iaitu di bawah Seksyen 57 yang telah menggariskan penetapan mendapat ambang persetujuan (consent threshold) dengan keperluan mendapat 100% persetujuan penduduk bagi setiap cadangan penamatan skim strata. – PLAN
Penurunan kadar ambang persetujuan akan memudahkan pengambilan tanah oleh pemaju terutamanya dalam kes di Kampung Sungai Baru yang gagal mendapat 100 peratus ambang persetujuan apabila 30 peratus daripada penduduk menyatakan bantahan. – PKB
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenalpasti sebanyak 139 tapak yang berpotensi untuk dibangunkan semula dengan jangkaan nilai pembangunan kasar Gross Development Value (GDV) sebanyak RM355.3 Billion. – PLAN
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab