Kapal Orkim Harmony Diselamatkan, Lanun Meloloskan Diri

Kuala Lumpur,19 Jun-Kapal Minyak Orkim Harmony telah dibebaskan oleh lanun,yang melarikan diri menaiki bot kecemasan kapal tersebut menurut laporan oleh Maritim dan Tentera Laut Malaysia

cam-photo-pirates-malaysian-navy (1)
Kuala Lumpur,19 Jun-Kapal Minyak Orkim Harmony telah dibebaskan oleh lanun,yang melarikan diri menaiki bot kecemasan kapal tersebut menurut laporan oleh Maritim dan Tentera Laut Malaysia.

Kapal Orkim Harmony yang dirampas semenjak 11 Jun lalu di Luar Perairan Malaysia oleh lanun yang bersenjatakan parang dan pistol sedang di iringi ke Pelabuhan Kuantan oleh tentera laut Malaysia

Pegawai rasmi melaporkan hanya seorang daripada 22 orang anak kapal cedera akibat tembakan di bahagian paha.

Kapal MT Orkim Harmony membawa muatan 5,879 tan metrik minyak petrol RON 95 dari Klang menuju ke Kuantan bersama 16 anak kapal tempatan termasuk 5 warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.

Tiga Kapal Navy Malaysia dan 2 pesawat sedang berusaha memburu lanun di mendalangi insiden ini

Kapal tersebut diubah cat dan nama kepada Kim Harmon setelah dirampas oleh lanun.Panglima Tentera Laut Malaysia ,Laksamana Abdul Aziz Jaafar berkata 8 orang lanun telibat dalam insiden rampasan ini.

sumber:Channelnewsasia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dari Meja COO : Di Ambang Ramadhan

Next Post

Kenapa Malaysia Perlu Menolak TPPA (Siri 1)

Related Posts
Skip to content