Kedudukan Bumiputera Masih Terpencil dalam Ekonomi Malaysia, Kekal Duduki Peratusan Kecil Dalam PKS, Bursa dan Pendapatan

Menurut Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Bumiputera hanya mewakili 7 peratus daripada syarikat tersenarai awam setakat tahun 2022. Katanya, “daripada 1,000 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, hanya 62 syarikat dikuasai oleh bumiputera. Ini bermakna hanya 7 peratus sahaja pemilikan syarikat dikuasi Bumiputera dan hanya sekitar 30 hingga 40 peratus Bumiputera memegang Sistem Depositori Pusat (CDS).” (Astro Awani)

Sementara itu, laporan TERAJU menyatakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera hanya menguasai 39.1% daripada jumlah PKS di Malaysia dan 90 peratus daripada PKS Bumiputera adalah bersaiz mikro. Manakala, pemilikan ekuiti Bumiputera pula merosot daripada 23.4 peratus pada 2011 kepada hanya 18.4 peratus pada 2020. (TERAJU)

Selain itu, jurang pendapatan di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera juga melebar. Meskipun terdapat peningkatan setara sebanyak 4.1 peratus bagi Bumiputera dan etnik Cina pada 2019, peningkatan itu meletakkan jurang pendapatan antara Bumiputera dan Cina lebih tinggi. Trend peningkatan ini juga menyebabkan jurang pendapatan antara etnik berkembang 3.5 hingga 4 kali ganda dalam tempoh 27 tahun. (Harian Metro, Ekonomi Rakyat)

Oleh itu, perkembangan ini menjadikan kedudukan Bumiputera dalam ekonomi Malaysia sebagai minoriti meskipun Bumiputera mewakili 70 peratus daripada penduduk Malaysia. Trend ini juga menunjukkan keadaan ekonomi Bumiputera tidak berubah dan berkembang sejak Dasar Ekonomi Baharu diperkenalkan pada tahun 1970.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kapal Perang China Berterusan Ceroboh Perairan Negara di Laut China Selatan, Malaysia Kekal dengan Pendirian Senyap Dan Pasif

Next Post

Kerajaan Anjur Kempen Galak Kaum Cina Sertai Perkhidmatan Awam, Usaha Perbanyakkan Etnik Cina ke Sektor Awam dan Kurangkan Dominasi Melayu dalam Perkhidmatan Awam

Related Posts
Skip to content