Kerajaan pertimbang tuntutan Persatuan Baba Nyonya Malaysia, naik taraf peranakan Cina menjadi sub etnik di bawah JPN

Persatuan Baba Nyonya Malaysia telah menghantar permohonan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengiktiraf kewujudan mereka sebagai salah sebuah subetnik di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Saraswathy a/p Kandasami, kerajaan sedang mempertimbangkan permintaan masyarakat Cina Peranakan untuk mengiktiraf mereka sebagai kumpulan sub-etnik di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Permohonan subetnik ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan peranakan terhadap perpaduan dan keharmonian negara. (Malay Mail, The Star)

Namun, menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), pegiktirafan sebagai subetnik ini tidak relevan disebabkan asas pemikiran mereka yang tidak lagi berasaskan etos Melayu malah telah meninggalkan banyak cara hidup melayu dan mengamalkan cara hidup Cina. (Institut Masa Depan Malaysia)

Malah persatuan tersebut telah menjalin kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memasukkan bahasa Cina peranakan di dalam kamus DBP. Menurut Pengerusi Persatuan Baba Nyonya Malaysia Datuk Ronald Gan, kerjasama dengan DBP  adalah untuk memelihara bahasa peranakan Cina yang telah mempunyai mempunyai lebih 1,000 perkataan dan perbendaharaan kata. (The Star, The Star)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) tandatangan Mou bernilai AS$50 bilion dengan bank-bank China, perkukuh kerjasama kewangan Saudi-China

Next Post

Sarawak dakwa peroleh hak dan kuasa penuh ke atas pelantar benuanya, beri kesan kepada hak gas dan minyak Petronas

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content