Kerajaan Rancang Tanam Buluh Atas 420,000 Hektar Ladang Getah Terbiar, Potensi Kurangkan Kebergantungan Negara kepada Import Buluh

Sektor perladangan buluh negara berpotensi mengatasi defisit perdagangannya yang tinggi apabila Kementerian Perladangan dan Komoditi mengesahkan sedang mengenal pasti tanah ladang getah terbiar berkeluasan 420,000 hektar untuk ditebus guna bagi penanaman buluh.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata “ladang getah kita ada kira-kira 1.1 juta hektar, tetapi 420,000 hektar tidak ditoreh atau diusahakan atas beberapa faktor seperti ramai pengusaha telah berumur (tua), manakala anak-anak mereka juga sudah memasuki universiti dan memiliki ijazah atau sebagainya, sekali gus menyebabkan ladang tersebut tidak diusahakan.” – Hmetro

Bercakap mengenai kaedah pembangunan tanah tersebut, Johari memberitahu bahawa “pihaknya sedang mempertimbangkan dua cara iaitu dengan memanggil sektor swasta untuk buat penggabungan bagi kita teroka semula getah atau kalau tidak mahu tanam getah kita bagi kepada pemain industri perabot untuk usahakan tanaman buluh, tambahan pula tanaman ini pun senang dijaga.” – Hmetro

Dalam pada itu, beliau turun mendedahkan keadaan perdagangan buluh negara yang mengalami defisit sehingga RM88.7 juta. Katanya, nilai eksport buluh negara melonjak 39 peratus kepada RM20.1 juta pada 2023 daripada RM14.5 juta pada 2022, manakala import buluh pula bernilai RM108.8 juta tahun lepas. – NST

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

AS, Britain Pertimbang Guna Senjata NATO Serang Rusia dari Ukraine, Putin Sedia Guna Senjata Nuklear Sebagai Respon

Next Post

AS Bakal Kenakan Tarif ke Atas Produk Solar daripada Malaysia, Sasar Syarikat Panel Solar China di Malaysia

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content