EDISI 3: Risiko Perang di Laut China Selatan dan Risikan Asing

KOMPAS EDISI 3

Beberapa perkembangan geopolitik semasa menunjukkan pertembungan kuasa-kuasa luar mengancam kedaulatan dan keselamatan tanah air.

Tanda-tanda yang membawa kepada situasi peperangan semakin jelas. Hal ini berdasarkan kepada dua pemerhatian utama dalam bidang keselamatan merangkumi 1) Strategi ketenteraan di rantau ini khususnya dalam konflik utama Laut China Selatan 2) Persaingan risikan maklumat antara agensi risikan asing Daripada sebuah konflik pertikaian sempadan dan undang-undang antarabangsa, konflik di Laut China Selatan kini menjadi sebuah konflik keselamatan.

Dengan latar belakang persaingan kuasa antara US dan China, isu Laut China Selatan yang turut melibatkan negara-negara di ASEAN kini berpotensi menjadi noktah tercetusnya perang serantau.

Tulisan ini menganalisis faktor-faktor yang sedang menolak arus konflik ke arah senario peperangan, serta jangkaan implikasi yang terhasil dalam senario tersebut. Faktor-faktor utama yang diteliti ialah; 1) peningkatan aset ketenteraan, 2) insiden dan aktiviti berisiko, 3) aktiviti politik yang provokatif.

Daripada beberapa senario yang boleh terhasil, tulisan ini menghurai implikasi yang berlaku dalam senario paling berisiko (worst case scenario). Implikasi yang dijangkakan ialah; 1) cetusan perang serantau di Vietnam, 2) risiko ‘balkanisasi’ Asia Tenggara, dan 3) risiko perpecahan Malaysia. Tuntasnya, peperangan serantau merupakan satu pintu rombakan geopolitik yang strategik bagi pihak Elit Global terhadap Asia Tenggara, untuk memastikan pengukuhan kuasa dan kesinambungan pelan besar ‘New World Order’ berjalan dengan sempurna di rantau ini.

Dalam pelan besar New World Order di rantau ini, Malaysia merupakan pivot state dalam permainan rebutan kuasa asing. Sebarang perubahan landskap yang berlaku di Malaysia, mengesani percaturan kuasa-kuasa besar secara politik, ekonomi, dan juga keselamatan. Agensi risikan asing yang dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi risikan memiliki kelebihan yang besar dalam memenangi perang risikan yang berlaku di rantau ini.

Hal ini berlaku melalui tiga faktor utama; 1) Kedudukan geografi dan demografi Malaysia yang strategik 2)Peningkatan Infrastruktur risikan asing di Malaysia 3) Dasar keterbukaan Malaysia dalam pelbagai sektor seperti diplomasi, perdagangan dan pelancongan. Faktor-faktor yang disebutkan ini boleh membawa kepada tiga implikasi utama; 1) Maklumat keselamatan negara dicerobohi kuasa luar, 2) Pulau Pinang akan menjadi hub risikan asing yang baru di Malaysia 3) bagi membolehkan hal ini berlaku, serangan godam dan aktiviti keganasan  dilakukan bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara. Mengikut trend semasa, peningkatan infrastruktur risikan China di Malaysia akan melemahkan pengaruh risikan Amerika Syarikat di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RADAR EDISI 80

Next Post

RADAR EDISI 81

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Individu

RM200 / tahun

Individu Silver

RM500 / tahun

Individu Premium

RM1000 / tahun

Skip to content