Sarawak Peroleh Autonomi Dalam Industri Pengagihan Gas, Bagi Menampung Projek Pelan Hala Tuju Gas Sarawak Dan Tingkatkan Bekalan Gas Dalam Sarawak

Bermula 1 Julai 2024, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menyerahkan peranannya sebagai pengedar tunggal gas asli di Sarawak kepada Petroleum Sarawak Bhd (Petros). Menurut Datuk Seri Julaihi Narawi, dengan penyerahan ini, Petronas mesti menghentikan sebarang pembelian dan penjualan aktiviti gas asli di Sarawak dan menyerahkan rangkaian dan sistem pengedaran gas asli mereka kepada Petros. Tambahnya, Petros juga akan menjalankan semua aktiviti yang berkaitan perolehan, pembekalan dan pengedaran gas asli yang dihasilkan di Sarawak. (Malay Mail, Astro Awani)

Terdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Rang Undang-Undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 pada November 2023 yang memberi kuasa kepada Sarawak untuk melantik aggregator pengedaran gas di negeri itu. Melalui ordinan ini, semua pengeluar gas huluan perlu menjual dan menghantar gas mereka kepada Petros sebelum ia dijual semula oleh Petros kepada pembeli gas hiliran termasuk loji Gas Asli Cecair (LNG) di Sarawak. (Sarawak.Gov)

Sejurus selepas pindaan RUU Pengagihan Gas 2023 diluluskan tahun lepas, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Petros Niaga Sdn Bhd diisytihar sebagai pengedar tunggal gas petroleum cecair (LPG) untuk sektor isi rumah, komersial dan perindustrian di Sarawak. Pengumuman ini datang selepas penyingkiran dua saingan utama Petros iaitu Petronas Dagangan Berhad dan Mygaz Sdn Bhd. Petronas Dagangan Bhd telah menjual perniagaan LPG miliknya di Sarawak kepada Petros pada Mac 2022, manakala lesen Mygaz yang telah tamat pada 30 November 2023 tidak diperbaharui. Oleh itu, Petros berjaya mengawal 100 peratus pasaran LPG di Sarawak. (The Star)

Perkembangan ini adalah bagi menampung projek-projek dibawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata “melalui inisiatif SGR ini, pengunaan gas asli di Sarawak yang kini berada pada tahap enam peratus mampu ditingkatkan kepada 30 peratus atau lebih menjelang 2030“. Pada 17 April, Abang Johari memaklumkan Petronas bakal meningkatkan bekalan gas asli ke Sarawak daripada 450 juta kaki padu gas standard setiap hari (MMscfd) kepada 1,200 Mmscfd dibawah pelan SGR bagi menampung stesen janakuasa turbin gas kitaran gabungan di Taman Perindustrian Samalaju yang bakal dibuka pada 2028. (Astro Awani, The Malaysian Insight)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tekanan Antarabangsa dan Ketidaksediaan Negara Dalam Pelaksanaan Rasionalisasi Subsidi

Next Post

Usaha Memperkasakan Pendidikan TVET untuk Kelangsungan Projek BRI China, 30 CEO Institusi TVET Swasta Dihantar ke China

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content